5 Rahsia Untuk Kekal Fokus Di Tempat Kerja

5 Rahsia Untuk Kekal Fokus Di Tempat Kerja

Posted by

Tidak dinafikan, kadangkala kita akan mengalami kesukaran untuk kekal fokus sewaktu bekerja, terutamanya apabila kita dikelilingi oleh rakan sekerja yang suka berborak dan gemar bergosip.

Atau mungkin juga fokus kita akan terganggu kerana overthinking perkara-perkara yang tidak sepatutnya. 

Jadi bagaimana untuk anda kekal fokus apabila di tempat kerja? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima rahsia agar anda kekal fokus di tempat kerja.

1. Berikan isyarat/tunjukkan bahawa anda sedang sibuk

5 Rahsia Untuk Kekal Fokus Di Tempat Kerja

Untuk mengelakkan gangguan, anda boleh pakai headphone/earphone. Selain berfungsi untuk mendengar muzik, ia juga boleh digunakan sebagai isyarat kepada orang sekeliling bahawa anda tidak ingin diganggu dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa. 

Sekiranya anda mempunyai ruang pejabat persendirian, anda boleh tutup pintu dan letakkan papan tanda ‘jangan ganggu’.

2. Pastikan ruang kerja anda kemas

Kadangkala, ruang tempat kerja yang berselerak boleh mengganggu fokus anda. Simpan benda-benda atau barang yang jarang digunakan di dalam laci agar lebih mudah untuk anda capai dokumen-dokumen yang penting. Penglihatan dan minda anda juga akan lebih tenang dan tidak serabut.

Sebelum anda pulang ke rumah, pastikan anda kemas dahulu meja kerja anda supaya bila anda kembali ke pejabat pada keesokan harinya, anda akan mempunyai ruang kerja yang bersih dan kemas.

3. Letakkan telefon anda dalam mod senyap atau mod do not disturb

Notifikasi yang datang daripada telefon sebenarnya boleh menggangu fokus anda. 

Jadi, sekiranya anda mempunyai deadlines untuk dikejar, atau anda ingin fokus untuk selesaikan tugas anda, letak telefon bimbit jauh daripada anda dan letakkannya dalam mod senyap atau do not disturb. 

4. Fokus pada satu kerja sahaja

Anda mungkin berfikir bahawa multitasking akan membuatkan anda semakin produktif tetapi sebenarnya tidak. Ia akan mengurangkan produktiviti dan kreativiti serta mengalihkan fokus anda. 

Menurut sebuah kajian dari University of California Irvine, ia mengambil masa sekitar 25 minit untuk kembali fokus selepas terganggu.

5. Jangan campur masalah kerja dan masalah peribadi

5 Rahsia Untuk Kekal Fokus Di Tempat Kerja

Kesemua tips ini tidak akan berkesan sekiranya masalahnya berpunca daripada dalam diri anda. Sekiranya anda berhadapan dengan isu emosi atau masalah keluarga, pastikan ia tidak akan menjejaskan kerja anda. 

Beri ruang kepada diri sendiri untuk rehatkan minda. Ingat! Kesihatan mental anda juga penting.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *