‘Job Description Template’ Guru Ganti

‘Job Description Template’ Guru Ganti

Posted by

Guru Ganti atau Substitute Teacher adalah individu yang bertanggungjawab untuk melaksanakan proses pengajaran dan pengurusan bilik darjah bagi guru yang tidak hadir untuk tempoh sehari atau lebih lama. Tugas Guru Ganti termasuk mengambil kehadiran, menerangkan kerja sekolah, dan sebagainya.

Job description template untuk Guru Ganti ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Guru Ganti untuk mengajar secara sementara dan dalam tempoh jangka panjang.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Guru Ganti termasuklah:

  • Mematuhi rancangan pengajian yang diberikan oleh guru biasa
  • Mengikuti prosedur dan mencapai matlamat pelajaran
  • Menetapkan dan menerangkan kerja sekolah kepada pelajar
  • Mengawasi pelajar di luar bilik darjah
  • Mematuhi semua peraturan dan dasar sekolah pada setiap masa
  • Mengambil kehadiran dan mendokumentasikan nota harian
  • Memastikan bilik darjah dan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur
  • Mengawasi aktiviti di bilik darjah 
  • Menyusun laporan untuk guru tetap apabila mereka kembali ke sekolah

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setaraf dengannya
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan adalah diutamakan
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam jawatan yang sama
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Guru Ganti?

Purata gaji bulanan untuk Guru Ganti adalah antara RM 2,190 hingga RM 7,373.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Guru Ganti ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *