‘Job Description Template’ Ketua Pegawai Perubatan

‘Job Description Template’ Ketua Pegawai Perubatan

Posted by

Ketua Pegawai Perubatan atau Chief Medical Officer adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyelia operasi harian hospital dan kemudahan perubatan lain.

Job description template untuk Ketua Pegawai Perubatan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Ketua Pegawai Perubatan untuk menyertai pasukan kami. Anda akan bertanggungjawab untuk menguruskan belanjawan organisasi kami, merekrut Pakar Perubatan, Doktor serta memastikan semua kakitangan mematuhi piawaian keselamatan yang disediakan.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Ketua Pegawai Perubatan termasuklah:

  • Pastikan semua peraturan penjagaan kesihatan dan piawaian keselamatan dipenuhi
  • Pastikan kakitangan tahu tentang peraturan penjagaan kesihatan 
  • Cari cara untuk tingkatkan perkhidmatan klinikal
  • Berinteraksi dengan pegawai pentadbiran dan kakitangan perubatan
  • Laporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif atau Lembaga Pengarah

Syarat kelayakan

  • Memiliki pendidikan dalam bidang perubatan
  • Sekurang-kurangnya 10+ tahun pengalaman dalam bidang klinikal
  • 4+ tahun pengalaman dalam bidang pengurusan
  • Pengalaman pengurusan risiko klinikal
  • Kemahiran organisasi yang baik
  • Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang baik
  • Kemahiran interpersonal yang cemerlang

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Ketua Pegawai Perubatan?

Purata gaji bulanan untuk Ketua Pegawai Perubatan adalah antara RM 9,000 hingga RM 11,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Ketua Pegawai Perubatan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *