9 Tips Mudah Hilangkan Nafas Berbau

9 Tips Mudah Hilangkan Nafas Berbau

Posted by

Nafas atau mulut berbau boleh menyebabkan individu yang mengalaminya berasa hilang keyakinan diri. Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa berkomunikasi secara dekat dengan orang sekeliling.

Menurut kajian, separuh daripada golongan dewasa pernah mengalami nafas berbau, dan apabila nafas sentiasa berbau, keyakinan diri anda mungkin terjejas, terutamanya di tempat kerja.

Selain itu, menurut laman Better Health, seramai 2.4% populasi orang dewasa seluruh dunia mengalami masalah nafas berbau.

Nafas berbau atau dikenali sebagai ‘halitosis’ terjadi akibat bakteria yang menghasilkan sulfur yang kebiasannya ditemui di bahagian lidah dan di tekak.

Bakteria ini kadang-kala menghadam protein pada kadar yang sangat tinggi sehingga menyebabkan kompaun sulfur meruap atau ‘volatile sulphur compounds’ (VSC) dibebaskan dari belakang lidah dan tekak.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 9 tips mudah yang anda boleh amalkan terutamanya buat anda yang mengalami nafas berbau.

1. Bersihkan gigi setiap hari

9 Tips Mudah Hilangkan Nafas Berbau

Pastikan anda gosok gigi setiap hari sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida. 

Pastikan anda tukar berus gigi setiap setiap tiga hingga empat bulan dan gunakan berus gigi yang lembut. Ia adalah untuk memastikan bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau.

Selain itu, pastikan anda berus gigi dengan teknik yang betul kerana teknik menggosok gigi yang salah juga adalah punca berlakunya masalah bau mulut.

2. Bersihkan lidah

Cara paling mudah untuk membersihkan lidah adalah dengan menggunakan berus gigi bulu lembut atau pengikis lidah. Pengikis lidah adalah lembut dengan plastik fleksibel yang menyingkirkan lapisan nipis sisa dan salutan seperti lendir daripada lidah anda.

Bersihkan lidah dua kali sehari selepas memberus gigi anda. Dengan membersihkan lidah anda, ia boleh membantu mengurangkan nafas berbau.

3. Kumur menggunakan pembersih mulut

Memberus gigi hanya membersihkan 25% daripada mulut anda. Tetapi dengan berkumur, ia akan melawan bakteria di dalam keseluruhan mulut anda termasuk gigi dan gusi. 

4. Flos gigi

Gigi juga perlu dibersih menggunakan flos supaya makanan yang terlekat dicelah gigi dapat dikeluarkan dan mengelakkan pertumbuhan plak. Plak adalah punca nafas anda berbau.

5. Minum air secukupnya

9 Tips Mudah Hilangkan Nafas Berbau

Pastikan anda minum air yang secukupnya kerana mulut yang kering tidak dapat menghasilkan air liur yang secukupnya. 

Air liur dalam mulut anda berfungsi untuk menanggalkan makanan yang boleh menyebabkan nafas berbau, dan tanpa air liur yang mencukupi, partikel-partikel ini akan kekal di dalam mulut dan mengakibatkan nafas berbau.

6. Jaga pemakanan

Terdapat banyak makanan yang menyebabkan mulut berbau antaranya bawang, durian, petai dan sebagainya.

Bagi mengelak masalah mulut berbau selepas makan makanan ini, perbanyakkan pengambilan makanan melawan bau seperti lemon, buah, sayur yang merangsang penghasilan air liur yang dapat membersihkan kotoran. 

Bagi mempercepatkan proses ini, minum air kosong secukupnya.

7. Buat pemeriksaan gigi secara berkala

Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala, biasanya dua kali setahun, supaya gigi dapat diperiksa dan dicuci bagi mengelakkan sebarang masalah gigi.

8. Kumur dengan air garam

Anda juga boleh menghilangkan nafas berbau dengan hanya menggunakan barang-barang di dapur. Anda boleh membersihkan mulut anda dengan berkumur menggunakan air garam.

Campurkan garam di dalam air suam dan berkumur selama 30 saat. Nafas berbau akan hilang!

9. Gunakan bunga cengkih

9 Tips Mudah Hilangkan Nafas Berbau

Sama seperti air garam, bunga cengkih menganduingi ciri antimikrobial yang dapat membantu mencegah masalah bau mulut.

Anda boleh cuba hisap bunga cengkih beberapa kali sehari. Tetapi, jangan pula gunakan serbuk cengkih untuk tujuan ini!

Serbuk cengkih mempunyai konsentrasi yang lebih pekat dan boleh menyebabkan mulut anda jadi pedih dan sakit.

Semoga perkongsian ini memberi panduan dan manfaat buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *