‘Job Description Template’ Pengurus Logistik

‘Job Description Template’ Pengurus Logistik

Posted by

Pengurus Logistik atau Logistic Manager adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan rantaian bekalan adalah efisien dan efektif di seluruh organisasi. Tugas Pengurus Logistik termasuk mengatur, menyimpan dan memantau pengedaran barangan untuk memastikan barangan dihantar ke destinasi yang betul.

Job description template untuk Pengurus Logistik ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengurus Logistik yang akan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan rantaian bekalan. Tanggungjawab Pengurus Logistik termasuk mengatur dan memantau penyimpanan dan pengedaran barang.

Matlamatnya adalah untuk menguruskan keseluruhan pesanan supaya dapat meningkatkan pembangunan perniagaan dan memastikan kepuasan pelanggan.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pengurus Logistik termasuklah:

  • Merancang dan mengurus logistik, gudang, pengangkutan dan perkhidmatan pelanggan secara strategik
  • Mengarahkan, mengoptimumkan dan menyelaraskan pesanan 
  • Berhubung dan berunding dengan pembekal, pengilang, peruncit dan pengguna
  • Menjejaki kualiti, kuantiti, tahap stok, masa penghantaran, kos pengangkutan dan kecekapan
  • Menyusun gudang, katalog barangan, merancang laluan dan proses penghantaran
  • Menyelesaikan sebarang masalah atau aduan yang timbul
  • Menyelia dan melatih tenaga kerja di gudang
  • Memenuhi sasaran kos, produktiviti dan ketepatan masa
  • Mengekalkan metrik dan menganalisis data untuk menilai prestasi dan melaksanakan penambahbaikan
  • Mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan ISO

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam pentadbiran perniagaan, logistik, rantaian bekalan, atau bidang yang berkaitan
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang yang berkaitan
  • Mempunyai pengetahuan tentang industri barangan pengguna (consumer goods industry).
  • Mahir tentang perisian pengurusan logistik dan inventori
  • Mempunyai kebolehan analitikal, penyelesaian masalah dan organisasi yang baik
  • Memiliki kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang cemerlang

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Logistik?

Purata gaji bulanan untuk Pengurus Logistik adalah antara RM 5,950 hingga RM 8,450.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Logistik ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *