5 Negeri Yang Menawarkan Purata Gaji Paling Tinggi Tahun 2023

5 Negeri Yang Menawarkan Purata Gaji Paling Tinggi Tahun 2023

Posted by

Jumlah gaji merupakan salah satu aspek yang sangat penting bagi para pekerja. Terdapat beberapa faktor penting yang memainkan peranan untuk mendapatkan gaji yang tinggi antaranya faktor lokasi, negeri tempat anda bekerja, pengalaman, tahap pendidikan dan sebagainya. 

Jadi, adakah anda sedang bekerja di dalam negeri yang mempunyai purata gaji yang setaraf dengan kos sara hidup yang selesa? Berikut kami kongsikan lima negeri yang mempunyai median atau purata gaji yang tinggi di Malaysia untuk tahun 2023 berdasarkan laporan statistik Upah Pekerja (Sektor Formal).

Bacaan lain: Overpaid Atau Underpaid: 7 Aplikasi Ini Boleh Bantu Semak Purata Gaji Anda

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ibu negara Malaysia ini menduduki tempat pertama dengan purata gaji bulanan tertinggi, iaitu sekitar RM 3,927 pada Mac 2023. 

2. Selangor

Negeri Selangor yang terkenal dengan pertumbuhan ekonomi pesat berada di tempat kedua dengan purata gaji bulanan sekitar RM 2,964.

3. Pulau Pinang

Pulau Pinang berada di tempat ketiga dengan purata gaji bulanan sekitar RM 2,627. Bagi anda yang tidak tahu, negeri ini mempunyai industri yang berkembang dengan pesat dan menyediakan peluang pekerjaan yang baik.

4. Putrajaya

Putrajaya berada di tempat keempat dengan purata gaji bulanan sekitar RM 2,464. Walaupun jumlahnya tidak setinggi gaji di Kuala Lumpur, ia masih berada dalam senarai negeri yang menawarkan gaji yang lumayan.

5. Johor

Johor yang mempunyai pelbagai sektor ekonomi dan peluang pekerjaan yang banyak berada di tempat kelima iaitu dengan purata gaji bulanan sekitar RM 2,400.

* Penafian: Nilai-nilai ini mungkin berubah dari masa ke masa dan bergantung kepada sektor pekerjaan dan tahap pengalaman individu. Ini hanyalah purata dan terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi gaji individu termasuk tahap pendidikan, pengalaman dan kecekapan dalam pekerjaan mereka. 

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Sumber: Astro Awani

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *