5 Kelebihan Menangis Terhadap Kesihatan 

5 Kelebihan Menangis Terhadap Kesihatan 

Posted by

Menangis adalah reaksi normal terhadap perasaan-perasaan seperti sedih, gembira, marah dan takut. Ada yang menangis kerana kehilangan orang tersayang, putus cinta, dan sebagainya

Walau bagaimanapun, ramai beranggapan bahawa menangis adalah satu tanda kelemahan. Disebabkan ini, ramai yang cuba untuk menahan diri daripada menangis. Tetapi tahukah anda, sekiranya anda berbuat demikian, anda mungkin terlepas banyak kelebihan daripada menangis.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima kelebihan menangis terhadap kesihatan anda.

1. Menenangkan fikiran

5 Kelebihan Menangis Terhadap Kesihatan 

Menangis adalah cara terbaik untuk kurangkan perasaan-perasaan yang menyakitkan. Ia membuatkan anda berasa lebih baik tentang diri sendiri.

Apabila menangis, sistem saraf parasimpatetik (PSNS) anda dihidupkan. PNS membantu badan anda untuk berasa lebih tenang.

Kelebihan ini mungkin akan dirasai selepas beberapa minit anda menangis.

2. Menaikkan semangat

Menangis adalah cara terbaik untuk menaikkan mood anda. Apabila anda menangis, otak akan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil oksitoksin dan serotonin.

Bahan kimia ini membantu anda berasa lebih baik. Apabila anda menangis, ia juga membantu mengekalkan dan menstabilkan suhu otak anda.

Menangis membuatkan anda berasa lebih baik, jadi mood anda akan menjadi bertambah baik selepas anda menangis.

3. Menenangkan dan menyingkirkan toksin

Apabila menangis, hormon tekanan (stres) dan bahan kimia berbahaya yang lain dikeluarkan daripada tubuh badan. Ini membantu mengurangkan jumlah bahan kimia dalam badan dan membantu mengurangkan tekanan.

Apabila anda menangis, badan anda akan menyingkirkan toksin, dan mata anda akan menyingkirkan asap dan habuk.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan kajian ini.

4. Memperbaiki penglihatan

Menangis adalah cara bagi tubuh anda untuk menghidrasi kembali mata. Dengan menangis, kemampuan mata dalam memfokuskan objek akan jadi lebih tajam.

Selain itu, menangis juga melindungi mata dari berbagai zat asing yang membahayakan seperti debu, kotoran, atau serbuk-serbuk kayu yang beterbangan.

Partikel kecil ini dapat masuk ke mata dan menyebabkan iritasi dan berpotensi menyebabkan berbagai masalah pada mata. Air mata juga mengandung lisozim, iaitu bahan kimia anti bakteria kuat yang membantu melawan infeksi.

5. Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

5 Kelebihan Menangis Terhadap Kesihatan 

Kajian mendapati bayi akan tidur lebih nyenyak selepas mereka menangis.

Walau bagaimanapun, ia masih perlu diteliti sama ada ia mempunyai kesan yang sama kepada orang dewasa.

Tetapi, seperti yang telah dikatakan, dengan menangis ia akan melegakan tekanan (stres) dan kesakitan yang anda rasa serta membuatkan anda berasa lebih baik.

Jadi, apabila anda berasa lebih baik, akan lebih mudah untuk tertidur.

 Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Bacaan lain: Genre Filem Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Anda

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *