7 Tips Sambut Rakan Baru Di Tempat Kerja

7 Tips Sambut Rakan Baru Di Tempat Kerja

Posted by

Apabila ada rakan sekerja baru masuk ke tempat kerja anda, ia boleh mengubah dinamik sosial dan membuatkan anda terkejut dan terpinga-pinga. Tetapi ia juga boleh menjadi peluang hebat untuk idea baharu, tenaga baharu, malah rakan baharu!

Walaupun tindak balas semula jadi anda kepada rakan sekerja baru mungkin bersifat defensif dan berdaya saing, mengalu-alukan mereka bukan sahaja akan menjadikan anda berasa lebih baik, bahkan akan menjadikan anda seorang team player

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tujuh tips mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan rakan sekerja baru berasa dialu-alukan.

1. Hantarkan ucapan selamat datang

7 Tips Sambut Rakan Baru Di Tempat Kerja

Anda pastinya ingin menegur dan beramah mesra secara profesional dengan rakan sekerja baru anda pada hari pertama mereka, tetapi mungkin anda ada tugasan yang perlu diselesaikan. 

Anda boleh cuba untuk hantarkan ucapan selamat datang melalui e-mel atau pesanan WhatsApp — secara peribadi atau dalam group WhatsApp. 

Tidak perlu terlalu panjang, cukup sekadar ucapan selamat datang dan sertakan harapan anda untuk mereka. 

2. Perkenalkan diri

Lengkapkan ucapan selamat datang anda dengan perkenalkan diri dengan memberitahu maklumat berkenaan diri anda seperti:

  • nama
  • pengalaman kerja anda sebelum ini

3. Bina connection di LinkedIn

Menurut The Muse, anda boleh bina connection dengan sekerja baru anda di LinkedIn. Dengan cara ini, mereka akan rasa diterima.

4. Tanya soalan

Kadangkala, rakan sekerja baru anda boleh jadi sangat pemalu. Ini akan membuatkan mereka tidak banyak bercakap pada hari pertama mereka di tempat kerja. 

Menurut sumber, bertanyakan soalan kepada mereka adalah penyelesaian kepada masalah ini. 

Dengan tips ini, anda boleh menyambut rakan sekerja baru di pejabat dengan lebih baik. Mereka juga akan berasa bahawa anda ingin berkenalan dengan mereka dengan lebih rapat. 

Tetapi, elakkan untuk bertanyakan soalan-soalan yang terlalu peribadi dan sensitif. Cuba cari tahu maklumat umum seperti pekerjaan lama mereka atau apa tugas mereka di tempat kerja lama. 

5. Makan bersama-sama

Sekiranya anda melihat rakan sekerja baru anda tidak mempunyai teman untuk makan pada waktu rehat, anda boleh ajak mereka untuk makan bersama. 

Waktu rehat adalah waktu yang sesuai untuk berborak dan mana tahu anda dan rakan sekerja baru itu boleh menjadi rapat.

6. Bantu semampu yang boleh

Walaupun rakan sekerja baru anda sudah mempunyai pengalan kerja di syarikat sebelum ini, namun mereka pastinya masih belum membiasakan diri dengan kebiasaan dan flow kerja di tempat kerja baharu. 

Pastinya ada SOP yang perlu mereka fahami. Jadi, wajar sekiranya mereka bertanya kepada anda soalan-soalan ini. Cuba bantu mereka semampu yang boleh.  

7. Letakkan batasan bantuan

Membantu orang lain adalah satu sifat yang baik. Walau bagaimanapun, anda perlu letakkan batasan untuk bantuan yang diberikan kerana anda juga ada pekerjaan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Sekiranya, anda tidak boleh membantu, masih ada rakan sekerja yang lain dan mungkin mereka mempunyai lebih banyak waktu terluang untuk membantu rakan sekerja baru di tempat kerja.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *