3 Tips Mudah Terima Kenyataan Permohonan Kerja Ditolak 

3 Tips Mudah Terima Kenyataan Permohonan Kerja Ditolak 

Posted by

Permohonan kerja yang ditolak boleh menyebabkan seseorang individu itu hilang motivasi dan semangat untuk teruskan pencarian kerja. 

Ikuti tiga tips mudah ini untuk menjadikan peristiwa negatif ini sebagai satu pengalaman yang positif dan akan menjadikan anda lebih bermotivasi untuk mulakan semua pencarian kerja! 

1. Berfikiran positif

3 Tips Mudah Terima Kenyataan Permohonan Kerja Ditolak 

Apabila permohonan kerja anda ditolak, pastinya anda akan menyalahkan diri sendiri, resume, atau mungkin personaliti anda. Cuba untuk berfikiran positif dan tidak fikirkan tentang sebab-sebab permohonan kerja anda ditolak kerana ia hanya akan menyebabkan anda ‘overthinking’ dan menjadikan emosi anda tidak stabil. Ini juga akan menyebabkan anda hilang momentum dan motivasi untuk mencari kerja lain.

Realiti dan kenyataan yang anda patut terima adalah, tidak semua pekerjaan yang anda mohon, anda akan dapat tawaran.

Jadikan setiap penolakan (rejection) sebagai peluang untuk anda belajar benda-benda baru dan lebih bersedia untuk peluang yang lebih baik.

2. Belajar dari pengalaman

Jadikan setiap yang berlaku dalam sesi temu duga anda sebagai pengajaran dan pembelajaran untuk anda lebih bersedia menghadapi sesi temu duga yang akan datang.

Tapi, awas! Jangan terlalu fokus pada perkara-perkara negatif kerana ia boleh menyebabkan anda kehilangan momentum dan motivasi. Fokus pada kekuatan anda dan jadikan ini sebagai satu peluang untuk anda lebih mengenali diri sendiri.

3. Teruskan mencari kerja!

Maksimumkan pencarian kerja anda supaya apabila satu permohonan kerja anda ditolak, anda mempunyai peluang lain yang sedang menunggu. Sesuaikan resume anda agar sesuai dengan pekerjaan baharu yang dimohonn dan pastikan anda bersedia untuk sesi temu duga yang akan datang.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Walters People


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *