7 Tips Hantar Resume Kepada Bakal Majikan Melalui E-mel

7 Tips Hantar Resume Kepada Bakal Majikan Melalui E-mel

Posted by

Penggunaan e-mel untuk menghantar resume atau dokumen-dokumen lain sudah semakin mendapat tempat di hati para majikan dan perekrut. Ia bukan sahaja memudahkan semua pihak bahkan, menjadikan semua urusan selesai dalam masa yang singkat.

Tapi, jangan pelik sekiranya masih ada individu yang tidak tahu dan tidak mahir untuk menghantar e-mel dengan cara yang betul dan profesional. Masih ada pencari-pencari kerja yang hanya menghantar e-mel kosong tanpa sebarang isi dan maklumat di dalamnya. 

Jangan risau! Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan enam tips bagaimana nak hantar resume kepada bakal majikan anda melalui e-mel dengan cara yang betul dan profesional. 

1. Gunakan alamat e-mel yang profesional

Perkara yang wajib untuk anda lakukan adalah menggunakan alamat e-mel yang profesional. Nama e-mel melambangkan keseluruhan diri anda. Ia akan memberi first impression kepada bakal majikan anda. 

Penggunaan alamat e-mel yang tidak profesional akan memberi impression buruk bakal majikan terhadap anda. 

Contoh alamat e-mel yang tidak profesional ialah hawa.bieber@gmail.com atau hawa_sayang@yahoo.com

Alamat e-mel yang paling mudah tetapi masih kelihatan profesional adalah dengan menggunakan nama anda sendiri. Ia bukan sahaja menunjukkan ciri-ciri profesional, bahkan anda juga nampak lebih berkredibiliti dengan menggunakan nama sebenar.

Contoh alamat e-mel yang menggunakan nama anda ialah hawarizwani@gmail.com atau muhammad_fahrin@yahoo.com.

2. Tulis subjek (subject) e-mel dengan jelas & profesional

Ruangan subjek e-mel anda jangan dibiarkan kosong! Melalui subjek e-mel ini, ia akan membantu bakal majikan untuk mengenal pasti tujuan e-mel dihantar. Terdapat tiga elemen penting yang perlu ditulis dalam subjek e-mel anda iaitu:

  • Perkataan “Permohonan Jawatan”
  • Jawatan yang dipohon
  • Nama anda

Sebagai contoh: Permohonan Jawatan Sebagai Pengurus IT – Hawa Rizwani

3. Sertakan cover letter

Terdapat dua cara untuk menulis cover letter dalam e-mel permohonan anda:

  • Terus tulis di bahagian mesej (body message) e-mel dan sertakan resume anda. 
  • Sertakan cover letter anda di e-mel dalam bentuk PDF. Cover letter tersebut perlu mengandungi pengenalan ringkas diri anda, nyatakan sebab anda ingin memohon jawatan tersebut, dan beritahu bahawa anda turut menyertakan resume di bahagian attachment.

Pastikan anda namakan fail cover letter dan resume anda dengan nama yang sepatutnya agar mudah difahami dan dicari. Tulis nama, jenis dokumen, dan jawatan yang dimohon. Sebagai contoh: Muhammad Fahrin – Pereka Grafik- Resume.PDF

*Sebenarnya, menulis cover letter di e-mel adalah lebih ringkas dan mudah dari menulis dalam bentuk pdf. Anda hanya perlu perlu nyatakan 1 atau 2 isi penting sahaja. Setelah itu, muat naik resume dalam bentuk pdf. Pada cover letter tersebut, beritahu kepada majikan, bahawa anda ada menyertakan resume anda.

4. Body message

Body message adalah huraian atau cover letter anda untuk anda melakukan permohonan kerja. Tulis menggunakan ayat yang formal seperti anda menulis surat rasmi. Pastikan anda bagi salam atau greetings terlebih dahulu sebagai tanda hormat. Gunakan gelaran yang bersesuaian bagi menghormati bakal majikan anda.

5. Tinggalkan nombor untuk dihubungi.

Pastikan anda tinggalkan maklumat peribadi seperti nombor telefon untuk memudahkan anda untuk dihubungi dengan lebih cepat. 

6. Hantar e-mel pada waktu yang sesuai

Waktu terbaik untuk menghantar e-mel adalah pada waktu pejabat iaitu dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Tetapi waktu yang lebih baik dan sangat disarankan adalah seawal jam 8 pagi kerana pada waktu ini kebiasaannya semua pekerja akan melakukan semakan e-mel harian mereka.  

7. Periksa sekali lagi sebelum tekan butang send

Sebelum tekan butang send, pastikan anda periksa terlebih dahulu ayat yang digunakan untuk mengelakkan sebarang kesalahan ejaan atau kesalahan tatabahasa seperti penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Periksa juga adakah anda sudah menyediakan semua maklumat dan borang yang diperlukan.  

Selain itu, pastikan anda menghantar dalam bentuk PDF agar mudah dibaca oleh pihak majikan dan memastikan agar format dokumen tidak lari dan berterabur apabila pihak majikan membuka resume anda di komputer mereka.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *