Ini Sebab Kenapa Anda Kerap Sendawa & Kentut

Ini Sebab Kenapa Anda Kerap Kentut & Sendawa

Posted by

Sendawa dan kentut atau juga dipanggil pengeluaran angin/gas adalah satu perkara yang normal bagi manusia biasa bahkan semua orang akan kentut atau sendawa sekurang-kurangnya 15 ke 23 kali dalam masa sehari tanpa anda sedari. 

Walau bagaimanapun, pengeluaran angin/gas yang terlalu rendah atau tinggi daripada kadar yang dinyatakan di atas boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan. 

Masalah ini berpunca daripada pengumpulan gas yang berlebihan di dalam usus dan sekaligus menyebabkan refluks badan seperti sendawa atau buang angin secara tiba-tiba.

Masalah ini sering terjadi dalam kalangan orang dewasa. Namun, ia boleh berlaku kepada semua lapisan umur termasuk bayi.

Tapi, apakah faktor yang menyebabkan pembentukan lebihan gas dalam badan ini? 

Ini Sebab Kenapa Anda Kerap Sendawa & Kentut

Aerophagia adalah masalah yang berlaku di dalam perut ketika menelan gas di bahagian esofagus. Aktiviti harian yang boleh mencetuskan perkara ini termasuk menelan air liur ketika makan atau minum. Sebagai contoh, mekanisma seperti makan dengan cepat atau laju juga boleh menyebabkan lebihan gas disedut ke dalam badan.

Refluks asid (GERD) juga boleh menyebabkan pembentukan gas dalam badan. Apabila usus tidak boleh mencerna makanan dengan baik, ia akan menyebabkan masalah kembung perut atau sindrom gas bloating dan seterusnya akan menyebabkan anda mengeluarkan angin (sendawa atau kentut).

Rahsia Untuk Melegakan Masalah Angin Dalam Badan

Berikut adalah 2 rahsia untuk membantu anda melegakan masalah angin:

1. Tingkatkan tekanan gas dalam perut dengan minum minuman berkarbonat

Minum minuman berkarbonat seperti Sprite, Coca Cola atau air gas yang lain. Cuba untuk meminumnya dengan cepat bagi meningkatkan jumlah tekanan gas. 

2. Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan angin

Jauhi makanan penyebab gas seperti gula gula getah, kekacang dan sebagainya. Selain itu, cuba kunyah makanan secara perlahan dan elakkan dari terus menelan.

Artikel berkaitan: Kerap Alami Perut Berangin & Kembung? Elak 10 Jenis Makanan Ini!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Bacaan lain: Ini Sebab Kenapa Vitamin C Tidak Boleh Diambil Secara Berlebihan

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *