Berjalan adalah senaman yang paling mudah untuk dilakukan oleh semua peringkat umur. Ia bukan sahaja mempunyai banyak manfaat malah merupakan senaman kardio yang paling mudah dan berkesan.
Namun, sekiranya anda ingin mendapat manfaat yang sepenuhnya daripada berjalan, anda disarankan untuk berjalan laju/pantas.
Artikel berkaitan: Manfaat optimum berjalan laju
Kelebihan Berjalan Laju
- Meningkatkan kadar denyutan jantung yang mana aliran darah akan berjalan lebih pantas dan lancar.
- Membantu menurunkan berat badan selain meningkatkan kecergasan dan daya ketahanan tubuh.
- Meningkatkan fleksibiliti otot dan sendi.
- Menguatkan otot terutamanya otot kaki dan perut anda.
- Merupakan salah satu daripada senaman kardio yang paling mudah dan berkesan.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan beberapa jenis barah seperti pundi kencing, payudara serta usus besar.
Kelebihan Berjalan Perlahan
- Dapat membakar kalori serta mengurangkan tekanan sendi.
- Sekiranya anda mempunyai masalah untuk berjalan pantas, berjalan lebih perlahan adalah alternatif yang baik. Namun, anda harus melakukannya dalam tempoh yang lebih lama untuk meningkatkan jumlah kalori yang dibakar.
Walaupun berjalan laju dan berjalan perlahan mempunyai kelebihannya yang tersendiri, namun, berjalan perlahan tidak menawarkan banyak manfaat kardiovaskular kerana ia adalah aktiviti berintensiti rendah.
Jadi, sekiranya anda ingin berjalan perlahan, gabungkan dengan aktiviti berimpak rendah lain seperti berbasikal, berenang dan latihan kesihatan lain yang mudah.
Bagi anda yang ingin berjalan laju pula, disarankan untuk melakukan pergerakan pada kelajuan maksimum 4.5 meter per jam (mph).
Anda juga disarankan melakukan aktiviti berjalan laju sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Bacaan lain: Tidur Dengan Lampu Terbuka: Kesannya Terhadap Kesihatan
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com