Artikel ini khusus buat anda yang gemar makan mi segera! Pengambilan mi segera secara berlebihan akan menyebabkan risiko kencing manis, tekanan darah tinggi dan juga kadar kolestrol yang tinggi.
Ini kerana, kadar plumbum yang terdapat pada mi segera jenama Maggi adalah melebihi 2.5ppm. Mi segera juga turut mengandungi monosodium glutamate yang mana bahan ini tidak dinyatakan pada plastik pembungkusan.
Plumbum adalah bahan yang berbahaya untuk kesihatan yang mana boleh mengakibatkan masalah pencernaan dan boleh memberi kesan kepada otak dan buah pinggang.
Malah, untuk mengeluarkan bahan-bahan ini daripada badan bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, setiap kali anda makan mi segera, ia akan terkumpul di dalam badan dan proses pencernaannya akan mengambil masa yang lama.
Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan pengambilan mi segera ketika sarapan adalah tidak digalakkan kerana ia mengandungi karbohidrat yang susah untuk dicerna serta tidak memberikan tenaga yang mencukupi untuk menjalani aktiviti harian.
Bagi anda yang masih ingin makan mi segera, pengambilan yang disarankan adalah sekitar dua minggu sekali atau selang 15 hari sekali.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: Statista, Healthsite, Boxgreen
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com