Ini Sebab Kenapa Kuku Tangan Lebih Cepat Tumbuh Berbanding Kuku Kaki 

Ini Sebab Kenapa Kuku Tangan Lebih Cepat Tumbuh Berbanding Kuku Kaki 

Posted by

Tahukah anda, tempoh masa untuk kuku tangan tumbuh atau panjang semula adalah lebih cepat berbanding kuku kaki? Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Hal ini mungkin berpunca daripada oleh suhu atau haba. Kuku tangan manusia adalah sangat mudah terdedah kepada suhu dan cahaya. Manakala, untuk kaki, manusia akan ‘menyorokkannya’ sama ada menggunakan stokin ataupun kasut ketika berada di luar.

Selain itu, antara faktor yang menyebabkan kuku kaki tumbuh lebih perlahan adalah disebabkan oleh trauma terminal. Ia adalah keadaan yang dialami kuku sehingga menyebabkan kadar kelajuan pertumbuhan terganggu.

Sebagai contoh, jari kelingking kaki sentiasa terdedah kepada keadaan seperti ruang kasut yang sempit atau bahaya seperti tersepit lalu ia mempunyai kecenderungan untuk tumbuh lebih perlahan.

Ini Sebab Kenapa Kuku Tangan Lebih Cepat Tumbuh Berbanding Kuku Kaki 

Menurut sumber, tabiat menggigit kuku juga boleh menjadi punca kepada peningkatan pertumbuhan kuku. Tidak seperti aktiviti memotong kuku biasa, menggigit kuku telah memanipulasi keadaan fizikal kuku sekaligus merangsang plat pertumbuhan setiap jari untuk menjadi lebih aktif secara metabolik dan akhirnya membawa kepada pembentukan kuku yang lebih cepat.

Kalau anda nak tahu, kuku kaki akan tumbuh sepanjang 1.62 mm sebulan. Sementara kuku tangan pula akan tumbuh sepanjang 2 kali ganda kuku kaki iaitu sekitar 3.7mm.

Sekiranya anda kehilangan kuku kaki, ia akan mengambil masa sehingga 18 bulan untuk kembali tumbuh sepenuhnya. Bagi kuku tangan pula, ia mengambil masa yang lebih pendek iaitu 6 bulan sahaja.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Healthfully

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *