8 Jenis Sahabat Yang Perlu Ada Dalam Hidup Anda

8 Jenis Sahabat Yang Perlu Ada Dalam Hidup Anda

Posted by

Memiliki sahabat yang baik dan boleh diharapkan adalah satu rezeki dan nikmat yang tidak semua orang miliki. Sahabat ni tak perlu ramai-ramai, cukup ada dua atau tiga sahabat yang memahami dan ada ketika anda susah mahupun senang. Apa yang paling penting, sahabat-sahabat anda adalah sahabat yang berkualiti dan boleh membawa anda ke jalan yang betul.

Terdapat lapan jenis sahabat yang anda perlukan untuk menjadikan hidup anda lebih bernilai dan berwarna-warni! 

Walau bagaimanapun, kelapan-lapan sahabat ini tidak semestinya orang yang berlainan. Ia boleh datang dari satu orang yang sama. 

Artikel berkaitan: 5 Tanda Anda Seorang Kawan Yang ‘Toxic’

1. The best friend (sahabat baik)

Sahabat baik adalah seseorang yang anda sentiasa boleh harapkan. Sahabat baik juga adalah seseorang yang boleh dipercayai dan yang sentiasa mendengar masalah anda tetapi tidak pernah menghakimi walau sedikit pun. 

Sahabat baik akan tahu segala-galanya, termasuk baik dan buruk anda. Kasih sayang mereka terhadap anda tidak akan pernah berubah. Sahabat baik akan sentiasa berada di belakang anda dan tidak akan pernah jemu mendengar semua masalah anda.

2. The mentor

Kadangkala anda memerlukan mentor yang boleh membimbing anda ke jalan yang sepatunya. Ini adalah sahabat yang perlu ada dalam hidup anda. Ia boleh jadi sesiapa sahaja seperti rakan kerja, jiran atau saudara anda — asalkan anda memandang tinggi kepada mereka dan ingin menjadi seperti mereka atau lebih baik daripada mereka. 

Sahabat jenis ini tahu bagaimana untuk membimbing anda dan tidak pernah gagal untuk menawarkan nasihat terbaik kepada anda untuk sebarang situasi. 

Anda memerlukan seorang sahabat yang memberi inspirasi untuk menjadi yang lebih baik. Setiap perbualan dengan mereka akan membantu anda berfikir dengan lebih positif.

Mereka mungkin tidak berkongsi ideologi, pekerjaan atau hobi yang sama dengan anda. Tetapi pemikiran mereka sentiasa memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan hal-hal yang hebat.

3. The funny friend (sahabat yang kelakar)

5 Tanda Anda Seorang Kawan Yang ‘Toxic’

Sahabat yang kelakar akan selalu membuatkan anda ketawa. Apabila anda sedang dalam keadaan yang tidak baik, mereka pasti boleh mengeluarkan kata-kata lucu yang boleh membuatkan anda tersenyum.

4. The listener (sahabat yang mendengar)

Memiliki seseorang yang boleh mendengar dengan baik adalah sangat sukar. Sekiranya anda mempunyai seorang sahabat yang boleh mendengar dengan baik tanpa menghakimi anda, bermakna anda sangat bertuah!

Kadang-kadang apabila anda terlalu banyak berfikir, anda hanya perlukan seseorang untuk mendengar, yang akan memberikan sepenuh perhatian mereka terhadap cerita atau masalah anda, yang akan mendengar tanpa sebarang gangguan, dan tanpa menghakimi. Sahabat jenis ini mempunyai keupayaan untuk mendengar dengan baik apabila anda mencurahkan isi hati dan jiwa anda.

5. The adventurous friend (sahabat yang suka mengembara)

5 Tanda Anda Seorang Kawan Yang ‘Toxic’

Seorang sahabat yang suka aktiviti-aktiviti adventurous (lasak) ini adalah seorang yang berani dan kuat untuk menangani masalah hidup. Mereka suka melawat tempat-tempat yang berbeza dan akan memperkenalkan anda kepada budaya dan nilai baharu.

Sahabat jenis ini suka meneroka dunia, mencuba aktiviti-aktiviti lasak dan mereka tahu tempat terbaik untuk dilawati. 

6. The loyalist (sahabat yang setia)

Sesebuah persahabatan itu akan menjadi lebih kuat dengan adanya kesetiaan. Rakan yang setia akan sentiasa berasa di sisi anda tidak kira apa dan tetap teguh dalam persahabatan mereka. 

Anda tidak akan berasa sendiri apabila anda berada di sekeliling mereka. Mereka juga adalah salah satu daripada sahabat-sahabat yang akan sentiasa gembira untuk anda apabila melihat anda berjaya. Jadi, cari seorang sahabat yang setia!

7. Sahabat yang jujur

Kejujuran itu kadang-kadang boleh menjadi sesuatu yang sangat menyakitkan tetapi memiliki sahabat yang jujur ​​sebenarnya adalah satu rezeki!

Sahabat jenis ini tidak akan berbohong untuk melindungi perasaan anda tetapi anda perlu mendengar kebenaran walaupun ia boleh jadi sesuatu yang menyakitkan. 

Sahabat jenis ini akan mengajar anda bagaimana untuk berdiri dengan sendiri tanpa bergantung dengan orang lain. Sekiranya anda mendapati sahabat anda seorang yang sangat jujur, terutamanya dalam cara yang membina, simpan baik-baik sahabat macam ni. Sahabat macam ni susah nak dapat.

8. Sahabat yang mempunyai sifat yang berlawanan dengan anda

Orang kata perbezaan itu lah yang menarik! Memiliki sahabat yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan anda akan membantu anda melihat dunia dari perspektif yang berbeza dan membolehkan anda untuk mengenali lebih banyak tentang diri sendiri. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Style Craze, Health Shots


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *