9 Teknik Orang Jepun Untuk Atasi Rasa Malas

9 Teknik Orang Jepun Untuk Atasi Rasa Malas

Posted by

Anda kerap rasa malas, tiada motivasi dan kerja asyik bertangguh? Jangan risau, anda tidak keseorangan. Kami faham betapa sukarnya untuk buang perasaan-perasaan negatif ini dalam diri anda

Tapi kalau anda nak tahu, orang Jepun mempunyai beberapa teknik yang boleh bantu untuk atasi rasa malas. Berikut kami kongsikan antara 9 teknik yang bukan sahaja boleh atas rasa malas bahkan dapat meningkatkan produktiviti dan buang sifat sukan bertangguh!

1. Ikigai

Ikigai membawa maksud ‘alasan untuk hidup (the purpose of life)’. Terdapat empat peraturan dalam Ikigai iaitu:

  • Buat apa yang anda minat 
  • Buat apa yang anda pakar 
  • Buat apa yang diperlukan oleh dunia/orang lain
  • Buat apa yang boleh jana pendapatan 

Artikel berkaitan: Konsep Ikigai: Rahsia Orang Jepun Untuk Kekal Bahagia

2. Kaizen

Kaizen bermaksud berubah ke arah penambahbaikan yang lebih baik atau berterusan. Kaizen adalah falsafah perniagaan Jepun yang memfokuskan pada peningkatan produktiviti secara beransur-ansur dan menjadikan persekitaran kerja lebih cekap dan efisien.

3. Shosin

Shoshin bermaksud minda seorang pemula (beginner’s mind). Ia adalah tentang melakukan tugas dengan mata dan hati yang yang terbuka, tanpa mengira tahap kepakaran anda. Pemikiran ini akan menggalakkan rasa ingin tahu dan kesediaan untuk belajar – yang menjadikan proses itu lebih menarik dan mengurangkan sifat suka bertangguh.

4. Hara hachi bu

Hara hachi bu adalah istilah Jepun yang bermaksud berhenti makan sebelum kenyang atau makan sehingga anda berasa 80% kenyang. Istilah ini berasal dari bandar Okinawa, di mana orang ramai menggunakan nasihat ini sebagai cara untuk mengawal tabiat makan mereka.

5. Shinrin-yoku

Secara literal, shinrin-yoku bermaksud mandi hutan. Ia adalah amalan Jepun untuk “mandi” secara semula jadi (hutan) dengan niat untuk mendapatkan faedah terapeutik.

Menurut kajian, menghabiskan waktu di hutan dapat menurunkan kepekatan kortisol, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aktiviti saraf parasimpatetik.

6. Wabi-sabi

9 Teknik Orang Jepun Untuk Atasi Rasa Malas

Wabi-sabi bermaksud menghargai ketidaksempurnaan. Ia adalah nilai estetik yang membolehkan seseorang menerima ketidaksempurnaan. Selalunya, perfectionism membawa kepada procastination. Teori Wabi-sabi ini membantu seseorang untuk mengatasi rasa takut untuk gagal dan menggalakkan mereka untuk maju ke hadapan.

7. Ganbaru

Ganbaru bermaksud bersabar dan lakukan yang terbaik. Semangat Ganbaru melibatkan keazaman dan etika kerja yang kuat. Teknik ini mengingatkan seseorang betapa pentingnya berusaha untuk mencapai matlamat utama.

8. Mottainai

Mottainai boleh membawa maksud pembaziran atau jangan membazir. Lazimnya, ia digunakan untuk menyatakan perasaan kesal apabila sesuatu dibazirkan tanpa memperoleh nilainya.

Mottainai memberi tumpuan kepada kepentingan untuk tidak membazir sumber termasuk tenaga dan masa dan membawa kepada penggunaan yang berkesan. Selepas mengamalkan mentaliti Mottainai, seseorang akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menghargai serta tidak membazir.

9. Monozukuri

Monozukuri merujuk kepada pendekatan Jepun terhadap ketukangan (craftsmanship), yang memberi perhatian dan tumpuan kepada perincian serta proses, bukannya hasil akhir (end product) semata-mata. Pendekatan ini boleh membantu seseorang untuk kekal bermotivasi dengan memfokuskan pada perjalanan dan bukannya destinasi.

Kesimpulannya, dengan menggunakan 9 teknik daripada orang Jepun ini, anda boleh mengatasi kemalasan dan kekal bermotivasi dalam kehidupan peribadi dan profesional anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Wionews, LinkedIn

 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *