Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Meningkat Sebanyak 5.1% Pada 2024

Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Meningkat Sebanyak 5.1% Pada 2024

Posted by

Menurut kajian Jumlah Saraan 2023 Mercer yang dikeluarkan hari ini, purata gaji di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5.1% pada 2024!

Walau bagaimanapun pertumbuhan itu lebih rendah berbanding purata 5.2% di Asia, yang memperlihatkan pergerakan gaji yang berbeza antara negara yang sedang pesat membangun dan maju di rantau ini.

Selain itu, dalam kajian ini juga turut menunjukkan negara seperti India, Vietnam dan Indonesia dijangka merekodkan unjuran peningkatan gaji median tertinggi pada 2024, masing-masing pada 9.3%, 7.0% dan 6.5%.

Manakala negara seperti Jepun, Taiwan dan Hong Kong dijangka mencatat paras terendah iaitu masing-masing pada 2.6%, 3.8% dan 3.9% .

Negara lain yang turut tersenarai dalam kajian ini ialah Filipina (5.7%), China (5.2%), Thailand (4.7%), Korea Selatan (4.4%) dan Singapura (4.2%). 

Menurut Koay Gim Soon, iaitu Ketua Pasaran Mercer Malaysia, pasaran buruh Malaysia terus memaparkan unjuran positif, yang diperlihatkan dengan trend kenaikan gaji, walaupun mengalami pertumbuhan ekonomi yang sederhana pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan sektor individu sebahagian besarnya kembali meningkat seperti paras sebelum pandemik, dan pelbagai petunjuk ekonomi turut menunjukkan pertumbuhan pada tahun akan datang.

Bukan itu sahaja, malah lebih separuh daripada peserta dalam kajian ini menyatakan keinginan mereka untuk meningkatkan peruntukan penggajian pada 2023 dan 2024 yang dilihat sebagai isyarat positif bagi syarikat dan pekerja.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *