6.3 Juta Pencarum KWSP Bawah 55 tahun Mempunyai Simpanan Kurang Daripada RM10,000

6.3 Juta Pencarum KWSP Bawah 55 tahun Mempunyai Simpanan Kurang Daripada RM10,000

Posted by

Memetik laporan Malaysia Kini, sebanyak 48% atau 6.3 juta ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka setakat 30 September lepas.

Menurut Kementerian Kewangan, jumlah itu meningkat berbanding 4.7 juta ahli atau 37% yang direkodkan pada April 2020, iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan COVID-19 diperkenalkan.

Dengan simpanan kurang daripada RM10,000, ahli dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Implikasi pengeluaran tambahan daripada Akaun 1 juga telah memberikan kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara dalam kalangan ahli KWSP.

Isu ini dilihat serius apatah lagi negara kini sedang menghadapi fenomena penuaan penduduk yang pantas kerana ia bakal memberi impak besar kepada negara dan rakyat terutama dari segi ekonomi, kesejahteraan sosial, kualiti hidup, produktiviti dan kesihatan.

Dalam pada itu, kerajaan menerusi Belanjawan 2024 telah mengumumkan untuk meningkatkan had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan daripada RM300 kepada RM500 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi setiap individu yang layak.

Bacaan lain: Kerja Kerajaan VS Kerja Swasta: Yang Mana Satu Jadi Pilihan?

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *