Kuala Lumpur Raih Tempat Ke-8 Di Peringkat Global & Ke-3 Di Asia Sebagai Bandar Terbaik Untuk Didiami

Kuala Lumpur Raih Tempat Ke-8 Di Peringkat Global & Ke-3 Di Asia Sebagai Bandar Terbaik Untuk Didiami

Posted by

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini telah meraih tempat ke-8 di peringkat global dan ke-3 di peringkat Asia sebagai bandar terbaik untuk didiami.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh InterNations, Kuala Lumpur adalah antara bandar yang menyerlah berbanding 49 bandar lain di seluruh dunia yang diliputi dalam laporan itu.

Di peringkat global, Kuala Lumpur berada di tempat ke-8, selepas bandar Sepanyol, Mexico City dan dua bandar Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Abu Dhabi dan Ras Al Khaimah.

Kuala Lumpur memegang kedudukan ke-3 di Asia, selepas bandar terkemuka UAE, yang disebut sebelum ini.

Kedudukan ini diperoleh daripada pengalaman ekspatriat sepanjang tahun lalu, dengan InterNations meninjau lebih 12,000 ekspatriat di seluruh dunia.

Tinjauan itu meliputi 177 warganegara ekspatriat di 181 negara atau wilayah, dengan mengambil kira faktor seperti kemudahan menetap, kewangan peribadi dan kualiti hidup.

Selain itu, dalam InterNations Expat Insider 2023, Malaysia secara keseluruhan telah meraih tempat ke-4 terbaik dunia untuk diduduki golongan ekspatriat, selepas negara Mexico, Sepanyol dan Panama.

Kajian itu juga menyerlahkan peningkatan ketara negara Malaysia dalam kedudukan kualiti hidup – meningkat daripada tempat ke-44 daripada 52 destinasi pada 2022 kepada tempat ke-29 daripada 53 pada tahun ini.

Sumber: New Straits Time

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Bacaan lain: Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Meningkat Sebanyak 5.1% Pada 2024


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *