Pekerja Asing Masih Diperlukan Dalam Sektor 3D

Pekerja Asing Masih Diperlukan Dalam Sektor Yang Tidak Diminati Rakyat Tempatan

Posted by

Hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing mulai tahun hadapan tidak diyakini oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menurut mereka, pekerja asing masih diperlukan terutamanya dalam sektor tertentu yang tidak diminati rakyat tempatan.

Artikel berkaitan: Cara Hubungkan Pekerja Merentas Generasi Yang Pelbagai

Penasihat Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Johor Selatan Teh Kee Sin berkata, usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tidak mustahil untuk dilaksanakan namun ia bukanlah mudah.

Sebagai contoh dalam sektor 3D (kotor, sukar dan bahaya), ia masih gagal menarik minat pekerja tempatan, termasuk bekerja di restoran.

Apabila mengulas tentang pekerja asing, sudah tentu ia berkenaan pekerjaan kotor, berbahaya dan sukar, yang semua orang sedia maklum tidak diminati oleh rakyat tempatan.

“Rakyat Malaysia kebanyakannya tidak mahu buat kerja-kerja seperti ini. Oleh itu, majikan terpaksa mengupah pekerja asing. Misalnya, berapa ramai rakyat tempatan yang mahu bekerja sebagai pencuci pinggan di restoran? Kebanyakan pekerja ini adalah warga Myanmar atau Nepal,” kata Teh.

Tambahnya, sasaran kerajaan itu tidak semudah seperti yang dibayangkan.

“Kita perlu lihat situasi sebenar. Kita mahu guna teknologi tinggi, robotik atau kecerdasan buatan tetapi pada masa yang sama sektor 3D masih ada. Siapa yang akan buat kerja-kerja 3D ini?”

Tambah Teh lagi, kos upah merupakan antara faktor mengapa majikan lebih memilih untuk mengupah pekerja asing.

Jadi, sekiranya kita hanya bergantung kepada pekerja tempatan, majikan mungkin perlu membayar gaji yang lebih tinggi. Jadi, adakah pada masa hadapan kita boleh bersaing dengan negara jiran dari segi menarik pelaburan langsung asing?

Ini juga mungkin akan menyebabkan pelabur asing beralih ke negara-negara lain yang boleh menawarkan kos upah yang lebih rendah.

Sebelum ini, Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi berkata, kerajaan akan mempergiatkan pembaharuan pasaran buruh negara pada 2024, termasuk mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.

Rafizi bagaimanapun berkata kerajaan akan menetapkan tempoh dan melaksanakan sistem yang sewajarnya untuk mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.

“Kepada majikan di luar, ia (pembaharuan pasaran buruh) akan dilaksanakan. Bagaimanapun, saya tidak yakin bahawa mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing akan berlaku dengan hanya satu arahan.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah membina sistem sokongan terlebih dahulu,” kata beliau.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: The Malaysian Insight

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *