Skim Gaji Baharu Penjawat Awam Akan Dilaksanakan Pada 2025

Skim Gaji Baharu Penjawat Awam Akan Dilaksanakan Pada 2025

Posted by

Menurut garis masa semakan yang dipaparkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), skim gaji baharu penjawat awam hanya akan dilaksanakan pada Januari 2025.

Semakan Skim Saraan Baharu, bermula pada Julai, akan dilengkapkan pada Oktober 2024 sebelum dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan dalam Belanjawan 2025.

Menurut sumber, laporan interim pertama ke atas kajian yang dilakukan jawatankuasa telah dihantar kepada kerajaan pada hujung bulan lalu.

Laporan kedua akan dihantar pada hujung bulan depan, dan laporan ketiga dijadualkan akan lengkap pada Mac.

Manakala laporan akhir akan dihantar pada hujung Mei bagi dimuktamad oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Kemudian laporan tersebut akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Jemaah Menteri mengenai semakan saraan pada Julai untuk kelulusan akhir.

Menurut JPA, ia akan diumum pada Belanjawan 2025 yang dijadual pada Oktober depan dan akan dilaksanakan pada Januari 2025.

Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada skim baharu itu akan dibayar secara “backdated”.

Semakan semula juga melibatkan pelarasan skim gaji bagi angkatan tentera dan polis.

Menurut maklumat pegawai rasmi, semakan pencen akan dilaksana sejurus skim sedia ada diselaraskan memandangkan pelarasan pembayaran baharu hanya boleh dibuat berdasarkan gred gaji dimuktamad.

Artikel berkaitan: Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Meningkat Sebanyak 5.1% Pada 2024

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *