Pekerjaan gig adalah pekerjaan yang dilakukan secara bebas (freelance) iaitu tanpa bergantung kepada mana-mana majikan atau syarikat.
Pekerjaan gig ini lazimnya dilakukan hanya sebagai pekerjaan sampingan, kontrak atau bebas. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah individu yang menjadikan pekerjaan gig ini sebagai pekerjaan atau sumber tetap mereka.
Pekerjaan gig ini bukan sekadar pemandu e-hailing dan penghantar makanan sahaja, malah ia lebih daripada itu.
Artikel berkaitan: Kebaikan Dan Keburukan Bekerja Sebagai ‘Freelancer’
Berikut kami kongsikan 5 syarikat pemula (startup) yang melakukan sesuatu yang berbeza dan mereka juga menawarkan gaji yang lumayan!
1. Kiddocare
Kiddocare adalah aplikasi mudah-alih pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dari rumah ke rumah dengan mudah, pantas dan dijamin selamat.
Aplikasi ini terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sama ada yang sudah berkahwin atau belum yang berminat untuk menjadi seorang pengasuh terlatih.
Pengasuh sepenuh masa akan menerima sehingga RM6,000/bulan manakala pengasuh sambilan akan menerima minimum sehingga RM1,000/minggu.
2. ERTH
ERTH adalah singkatan untuk Electronic Recycling Through Heroes. Mereka pakar dalam mengumpul & mengitar semula sisa elektronik dari rumah dan perniagaan.
ERTH adalah pengitar semula sisa elektronik terbesar di Malaysia yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Pekerja bebas (freelance) di ERTH dikenali sebagai Heroes. Mereka boleh memperoleh purata sebanyak RM40/pesanan.
Heroes sepenuh masa memperoleh pendapatan sekitar RM5,200 hingga 6,400/bulan.
3. Bateriku
Bateriku.com merupakan sebuah syarikat yang menjadi ‘penyelamat’ kepada musibah kehabisan bateri kenderaan dengan penyediaan servis pemeriksaan, penghantaran dan pemasangan bateri secara percuma di lokasi pelanggan.
Pemandu yang terkandas boleh menghubungi Bateriku 24 jam sehari melalui aplikasi, web, talian hotline, WhatsApp, media sosial atau terus ke cawangan mereka.
Bateriku memanggil juruteknik bebas (freelance technician) mereka sebagai Bateriku Hero atau BHero. Seorang BHero memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000/bulan.
Bateriku telah melatih hampir 1,000 BHero di seluruh negara melalui Akademi Bateriku dan lebih daripada RM10 juta nilai komisen telah dibayar.
4. Rtist
Rtist menghubungkan bakat kreatif melalui platform atas talian. Rtist mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk bakat kreatif tempatan untuk dilihat dan dihubungkan dengan pelanggan.
‘Artis’ mereka boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang berpotensi untuk memperoleh pendapatan:
a) Pembangun/pereka laman web (website developer/designer)
– Sambilan: RM3,000 hingga RM30,000/tahun
– Sepenuh masa: RM100,000 +/tahun
b) Pereka grafik (graphic designer)
– Sambilan: RM2,000 hingga RM20,000/tahun
– Sepenuh masa RM70,000+/tahun
5. Vidola
Vidola berasal daripada perkataan We do lah!. Ia adalah platform yang menghubungkan pakar penyelenggaraan rumah dengan pemilik rumah.
Juruteknik bebas (freelance technician) Vidola dipanggil Titans. Titans boleh memperoleh pendapatan antara RM2,500 hingga RM4,000 sebulan.
Vidola menyediakan latihan dan pensijilan untuk para Titans.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda semua.
Sumber: X
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com