10 Contoh ’Soft Skill’ Yang Anda Boleh Letak Dalam Resume

10 Contoh ’Soft Skill’ Yang Anda Boleh Letak Dalam Resume

Posted by

Soft skill adalah satu kemahiran berbentuk interpersonal atau daya kemampuan kreatif yang wujud secara semula jadi dan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa

Berikut kami kongsikan antara 10 contoh soft skill yang anda boleh letak dalam resume.

1. Bersedia untuk belajar perkara baharu

Pekerjaan seseorang itu boleh berubah-ubah dan berevolusi. Jadi anda perlu terbuka untuk belajar perkara baharu sekiranya ada perubahan. 

2. Boleh bekerja secara berpasukan/berkumpulan

Sesetengah pekerjaan memerlukan anda untuk melibatkan diri dengan orang lain, iaitu bekerja secara berpasukan/berkumpulan. Jadi anda perlu bijak bergaul dengan individu lain secara profesional untuk mencapai matlamat bersama.

3. Kepimpinan (leadership)

Kepimpinan adalah kemampuan untuk mengetuai, mengambil alih dan mengurus hal ehwal syarikat.

Pihak majikan pastinya akan sangat gembira sekiranya pekerjanya mempunyai ciri kepimpinan ini agar dapat membantu syarikat.

4. Daya menyelesaikan masalah

Majikan akan sentiasa mencari pekerja yang dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan juga mampu menyelesaikan pekerjaan yang diberi dalam jangka masa yang ditetapkan.

5. Profesionalisme

Profesionalisme adalah tindakan yang memaparkan nilai tanggungjawab dan adil. Individu yang profesional akan bijak mengasingkan hal kerja dan peribadi.

6. Bersifat terbuka

Individu yang mempunyai sifat keterbukaan ini akan mudah menerima idea dan konsep baharu, dan tidak kisah sekiranya perlu bekerja secara individu atau berpasukan.

7. Bersikap positif

Individu yang berfikiran positif akan menjadikannya tidak ingin mengalah dalam apa jua yang mereka lakukan.

8. Yakin diri

Mempunyai sikap yakin diri sangat penting jika anda ingin mendapatkan pekerjaan dan untuk melakukan sesuatu.

9. Sikap kebolehpercayaan

Semua majikan menginginkan pekerja mereka datang bekerja setiap hari tepat pada waktunya dan sentiasa bersedia untuk bekerja, serta sentiasa bertanggungjawab atas setiap tindakan mereka.

10. Kemahiran berorganisasi

Kemahiran ini berkaitan dengan kemampuan anda untuk merancang, mengatur, dan melaksanakan projek dan tugas dalam jangka masa yang diperuntukkan.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan untuk anda menulis resume.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *