Roti Canai Makanan Kedua Terbaik Dunia

Roti Canai Makanan Kedua Terbaik Dunia

Posted by

Roti canai yang merupakan roti leper goreng kegemaran rakyat Malaysia sekali lagi mendapat pengiktirafan global apabila telah disenaraikan di tempat kedua sebagai makanan terbaik dunia. 

Portal antarabangsa terkenal, Taste Atlas telah menyenaraikan hidangan sarapan popular Malaysia itu di tempat kedua dalam senarai 100 Best Dishes in The World Awards 23/24.

Di samping itu, restoran Nasi Kandar Pelita, Tg’s Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju turut disenaraikan sebagai tempat yang menyediakan roti canai paling ikonik.

Senarai baharu yang dikeluarkan menunjukkan picanha, iaitu sejenis potongan daging lebu yang berasl dari Brazil telah disenaraikan di tempat pertama sebagai makanan terbaik dunia. Picanha ini biasa dimakan untuk sarapan pagi dan diperbuat daripada tepung, air dan telur.

Selain picanha dan roti canai, Taste Atlas turut menyenaraikan hidangan tumis dipanggil ‘phat kaphrao’ dari Thailand di kedudukan ketiga, diikuti pizza napoletana dari Itali dan ladu ‘guotie’ dari China di tempat keempat dan kelima.

Senarai tersebut juga menunjukkan roti canai telah mengalahkan roti naan bawang putih mentega yang terkenal di India, sandwich Vietnam, banh mi thit dan tonkatsu ramen dari Jepun.

Sebelum ini, pada September lepas, Taste Atlas juga telah meletakkan roti canai sebagai roti terbaik dunia mengalahkan 49 jenis roti lain.

Sumber: Buletin TV3

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *