CTOS Mengesan 335,000 Kebocoran Maklumat Peribadi

CTOS Mengesan 335,000 Kebocoran Maklumat Peribadi

Posted by

Menerusi statistik daripada CTOS SecureID, terdapat 335,000 maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti di laman web gelap yang melibatkan 58,000 pengguna Malaysia sejak tiga tahun lalu.

CTOS SecureID sentiasa memantau laman web gelap dan memberi amaran kepada pengguna apabila maklumat sepadan ditemui.

Kebocoran maklumat yang dikesan membabitkan butiran kad kredit dan kad debit, maklumat pasport, alamat e-mel, dan nombor telefon yang boleh disalahgunakan untuk melakukan ancaman identiti dan penipuan.

Dengan ekonomi digital sekarang ini, yang semakin memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia, ramai pengguna semakin terbabit dalam urus niaga dalam talian dan terdedah kepada ancaman digital.

Dalam tempoh setahun yang lalu, Malaysia sebelum ini telah mengalami isu kebocoran data penting dalam sektor telekomunikasi, penyiaran, perbankan, penerbangan dan perdagangan elektronik, yang telah memberi kesan buruk kepada jutaan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Bhd, Erick Hamburger, berkata, CTOS SecureID memperkasakan individu dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk melindungi maklumat peribadi dan kewangan mereka.

Bagi membantu orang ramai menghalang kebocoran maklumat ini, CTOS SecureID adalah perkhidmatan perlindungan penipuan dan pemantauan kredit yang bertujuan melindungi pengguna daripada pencurian identiti, penipuan, dan kejadian penipuan atau ‘scam’.

Ia dilancarkan pada 2021 yang mempunyai ciri mengimbas lebih daripada 1.4 bilion rekod kebocoran data untuk mengesan sebarang maklumat peribadi yang bocor.

Penggunaan CTOS SecureID membolehkan pelanggan memantau dan melindungi maklumat peribadi serta kewangan mereka.

Artikel berkaitan: 10 Jenis ‘Job Scam’ & Cara Untuk Elakkan Diri Dari Ditipu

Sumber: The Edge Malaysia


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *