Dividen KWSP Dijangka Setinggi 6.5 Peratus

Dividen KWSP Dijangka Setinggi 6.5 Peratus

Posted by

KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dijangka akan mengumumkan kadar dividen pada kadar 5.5 peratus hingga 6.5 peratus. 

Kadar ini adalah lebih baik berbanding 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2022.

Menurut penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, jangkaan positif dalam pengagihan kadar dividen lebih baik 2023 adalah berdasarkan prestasi suku tahun semasa KWSP.

“KWSP memiliki skala ekonomi yang lebih mampan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM 1.1 trilion. Justeru, dana persaraan nasional ini mempunyai kelebihan dari segi pilihan pelaburan mahupun proses rundingan dengan pengurus dana luar.

“Namun, disebabkan saiz dana pelaburan yang besar, KWSP perlu bekerja lebih keras untuk mendapat pulangan tinggi dari sudut ringgit, walaupun peratusan yang kecil. Misalnya, untuk setiap satu peratus dividen, KWSP dengan aset RM1.1 trilion perlu membayar RM 11 bilion dan ini cukup mencabar dalam situasi ekonomi semasa.

“KWSP dijangka memberikan pulangan dividen lebih baik dengan unjuran untuk 2023 adalah antara 5.5 hingga 6.5 peratus, kata Aimi Zulhazmi. 

Menurut beliau lagi, selain laporan prestasi KWSP yang baik untuk setiap suku tahun 2023, ekonomi Malaysia juga terus berkembang tahun lalu.

Artikel berkaitan: 6.3 Juta Pencarum KWSP Bawah 55 tahun Mempunyai Simpanan Kurang Daripada RM10,000

Sumber: Berita Harian


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *