Produktiviti Yang Tinggi Boleh Memberi Keuntungan Kepada Syarikat Dan Pekerja!

Produktiviti Yang Tinggi Boleh Memberi Keuntungan Kepada Syarikat Dan Pekerja!

Posted by

Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Zahid Ismail, produktiviti yang tinggi dapat membawa kepada gaji yang tinggi kepada rakyat.

Pada masa yang sama, produktiviti yang tinggi juga dapat menghasilkan peningkatan keuntungan kepada syarikat serta sumbangan hasil cukai yang lebih besar kepada kerajaan.

Potensi pertumbuhan produktiviti di Malaysia adalah sangat besar, dengan sasaran pertumbuhan sebanyak 3.8% setahun (2024-2025) melalui peningkatan kemahiran, penerima gunaan teknologi serta dasar dan peraturan yang berkesan.

Menurut Zahid, menerusi peningkatan kemahiran, rakyat perlu melibatkan diri dalam pendidikan formal dan tidak formal untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk kekal bersaing di pasaran pekerjaan.

Menurut beliau lagi, Indeks Teknologi Digital perlu ditingkatkan ke kedudukan ke-12 menjelang tahun 2030 dari kedudukan ke-33 pada ketika ini di kalangan 64 negara.

Selain itu, dasar dan peraturan yang dikuatkuasakan haruslah tidak membebankan rakyat dan syarikat.

Pertumbuhan produktiviti merupakan pemacu kepada reformasi di peringkat rakyat, organisasi, industri dan negara.

Dengan pemahaman, penglibatan aktif dan kerjasama daripada semua pihak ke arah meningkatkan produktiviti, kita akan membuka jalan ke arah masa depan yang lebih bahagia dan sejahtera

Artikel berkaitan: Ringgit Lemah, Hasrat Pelajar Sambung Pengajian Di Luar Negara Terbantut

Sumber: Malaysia Gazette


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *