Tips Mudah Ini ‘Confirm’ Boleh Tingkatkan Peluang Anda Untuk Dapat Interview Kerja!

Tips Mudah Ini ‘Confirm’ Boleh Tingkatkan Peluang Anda Untuk Dapat Interview Kerja!

Posted by

Sudah memasuki tahun 2024, tetapi anda masih belum dapat panggilan interview kerja? Jangan risau! Kami ada penyelesaiannya. 

Tips Mudah Ini ‘Confirm’ Boleh Tingkatkan Peluang Anda Untuk Dapat Interview Kerja!

Kami percaya, masih ramai di antara anda yang masih belum menempatkan diri dalam syarikat yang anda inginkan. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kelayakan tidak memenuhi syarat dan mungkin juga kerana persaingan yang tinggi terutamanya dalam kalangan fresh graduate dan pencari kerja yang lain. 

Meskipun sudah banyak aplikasi yang membantu untuk mencari pekerjaan seperti LinkedIn, Indeed, MauKerja, Jobstreet dan sebagainya, ia masih belum membuahkan hasil bagi sesetengah individu.

Artikel berkaitan: 3 Tips Beri ‘First Impression’ Ketika Sesi Temu Duga

Untuk memastikan anda lebih menonjol dan berbeza berbanding pencari kerja yang lain, anda perlu berhenti mencari pekerjaan menerusi aplikasi-aplikasi mencari kerja (LinkedIn, Indeed, Jobstreet, dll) ini. Sebaliknya, cuba cari kekosongan jawatan menerusi web kerjaya yang dimuat naik oleh syarikat pilihan anda.

Anda boleh ke laman web syarikat  tersebut dan cari butang ‘Career’ atau ‘Contact’ dan anda boleh sertakan resume atau CV (Curriculum Vitae) yang ditulis secara lengkap dan baik kepada nombor atau e-mel yang dipaparkan.

Aplikasi seperti LinkedIn, Indeed, Jobstreet ini dikatakan mempunyai jumlah pengguna yang tinggi di mana ribuan pencari kerja menggunakan cara yang sama bagi mencari pekerjaan baharu.

Perekrut atau majikan mungkin tidak akan melihat resume atau CV yang dihantar sekiranya anda berlatar belakangkan bidang dan pengalaman yang sama seperti calon-calon yang lain.

Semoga perkongsian kami kali ini membantu dan memberi manfaat buat anda yang sedang mencari kerja. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: X


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *