Kebiasaannya tahap produktiviti dan motivasi pekerja cenderung untuk berubah-ubah semasa hari bekerja tidak kira sama ada di pejabat mahupun di rumah. Menurut kajian dari Amerika Syarikat baru-baru ini, penurunan produktiviti dan motivasi seseorang sering berlaku pada waktu tengah hari iaitu sekitar jam 3 petang.
Keadaan ini cenderung untuk bertahan selama 29 minit (secara purata). Kira-kira 21% daripada responden mengatakan bahawa mereka merasakan penurunan produktiviti dan motivasi ini paling kerap berlaku pada waktu tengah hari. Walau bagaimanapun, 74% lagi mengatakan bahawa ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari bekerja.
Menariknya, individu-individu bekerjaya sering mengaitkan kelesuan ini kepada beberapa faktor, termasuk kekurangan kafein (56%), kebosanan (53%) dan kekurangan makanan (51%). Itulah sebabnya ramai pekerja yang cuba mendapatkan semula tenaga sama ada dengan bersenam atau snacking.
Secara umumnya, individu-individu bekerjaya ini berpendapat bahawa untuk menghalang daripada berlakunya penurunan produktiviti atau kelesuan di tempat kerja, seseorang itu perlulah tidur siang (power nap) atau mengelakkan daripada melakukan tugasan yang berulang-ulang.
Artikel berkaitan: 10 Tips Waktu Rehat Untuk Tingkatkan Produktiviti Di Tempat Kerja
Walau bagaimanapun, hanya 47% individu yang bekerjaya akan tidur siang (power nap) untuk mengecas semula bateri mereka – namun, 41% orang lagi akan menyalahkan kekurangan tenaga mereka kerana tidur yang tidak mencukupi.
Ini menunjukkan betapa tabunya tanggapan ‘berehat dan tidur siang’ dalam dunia pekerjaan. Terdapat esetengah majikan yang mencari inisiatif lain dalam bidang diet dan senaman fizikal untuk menggalakkan kesejahteraan pekerja mereka, tetapi hanya sedikit sahaja bilangan majikan yang berusaha untuk menyokong konsep tidur siang.
Terdapat juga sesetengah syarikat yang menyediakan kawasan untuk tidur siang, tetapi syarikat-syarikat ini masih dalam kelompok minoriti. Sekiranya majikan mahu pekerja-pekerja mereka menjadi lebih produktif, mereka perlu mencari inisiatif lain agar dapat menangani penurunan produktiviti pekerja terutamanya pada waktu tengah hari.
Sumber: FMT
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com