Kuala Krai, Gua Musang Dinobatkan Sebagai Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

Kuala Krai, Gua Musang Dinobatkan Sebagai Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

Posted by

Baru-baru ini, daerah Kuala Krai dan Gua Musang yang terletak di Kelantan telah diiktiraf antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia, menurut kenyataan yang dikongsi oleh Menteri Besar Kelantan di laman X.

Antara faktor yang menjadikan dua daerah ini menjadi antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia adalah kerana penjagaan alam sekitar, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampahnya yang berkesan dan teratur.

Bukan itu sahaja, indeks jenayah yang rendah turut menyumbang kepada faktor dua daerah ini dipilih sebagai bandar paling bahagia di Malaysia. 

Untuk pengetahuan anda, ini bukan pertama kali daerah di Kelantan dinobatkan sebagai antara tempat paling bahagia di Malaysia. Pada tahun 2019, Jeli, sebuah lagi daerah di Kelantan turut dinobatkan sebagai salah satu daripada bandar paling gembira di Malaysia, selepas Taiping dan Seremban.

Artikel berkaitan: Konsep Ikigai: Rahsia Orang Jepun Untuk Kekal Bahagia

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: X, Sinar Harian


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *