Wanita Di China Ini Diberi Cuti Kerana 'Tiada Mood' Untuk Bekerja

Wanita Di China Ini Diberi Cuti Kerana ‘Tiada Mood’ Untuk Bekerja

Posted by

Seorang wanita baru-baru ini menjadi tajuk utama berita di China selepas diberikan cuti kerana ‘tiada mood’ oleh syarikatnya dengan alasan tidak berpuas hati kerana tiada salji di tempatnya.

Wanita Di China Ini Diberi Cuti Kerana 'Tiada Mood' Untuk Bekerja

Wanita dari Hangzhou dekat wilayah Zhejiang, menerusi perkongsian video dalam talian itu menerangkan proses dia mendapat cutinya itu.

Dalam rakaman video itu, dia dilihat mengisi borang permohonan cuti dan menyatakan alasannya sebagai ‘tidak ada salji di Hangzhou dan saya berasa beremosi’.

Menurut wanita itu, syarikatnya sentiasa menawarkan cuti kerana ‘mood’ selain cuti pada hari wanita, hari kanak-kanak dan cuti rehat untuk majlis perkahwinan serta cuti akibat kematian.

“Majikan kami menjelaskan bahawa jika pekerja tidak berpuas hati, mereka boleh meminta cuti jenis ini pada bila-bila masa tanpa menjejaskan gaji atau bonus prestasi mereka,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu mengisytiharkan secara terbuka dalam mesej sebelum ini bahawa kakitangan mempunyai hak untuk mengatakan tidak kepada majikan mereka dan boleh terus mengambil cuti kerana ‘mood’.

Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), insiden tersebut mendapat banyak reaksi di platform media sosial.

“Dengan alasan cuti ini, kini seluruh negara tahu kamu hanya mahu keluar dan berseronok.”

“Hargai syarikat dan bos seperti itu. Dunia tidak kekurangan alasan untuk bercuti, tetapi ia tidak mempunyai bos yang memahami dan memberi kebebasan sedemikian!” 

Artikel berkaitan: Pekerja Cemerlang Mamee Ini Dihadiahkan Tesla Bernilai RM200 Ribu!

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Harian Metro

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *