Industri kreatif adalah industri-industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan, dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan. Kerjaya dalam bidang industri kreatif dahulunya sering dipandang remeh bagi sesetengah masyarakat. Bagi mereka, industri kreatif ini tidak menyumbang kepada masa depan serta tiada peluang pekerjaan.
Walau bagaimanapun, memetik laporan daripada Malaysia Gazette, industri kreatif kini telah menyumbang kepada penghasilan bakat individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara.
Bukan itu sahaja, generasi kini sudah mempunyai lebih banyak pilihan dalam menentukan hala tuju bidang profesional masing-masing, memandangkan aliran kreatif semakin mendapat tempat di hati mereka.
Semuanya berpunca daripada pengaruh media sosial dan penggunaan internet yang menjadikan generasi kini lebih bersemangat ingin menceburi bidang yang dilihat lebih santai dan kurang stres ini.
Persoalannya, benarkah apa yang ditunjukkan di laman internet tentang kerjaya dalam bidang industri kreatif? Dalam artikel kali ini kami akan bongkarkan lima realiti bekerja dalam industri kreatif.
1. Pembetulan demi pembetulan perlu dilakukan
Bekerja dalam industri kreatif pasti akan ada pembetulan atau amendment yang perlu anda lakukan. Ini merupakan lumrah yang perlu dialami oleh semua individu yang bekerja dalam industri kreatif.
Lazimnya, pembetulan ini akan dilakukan selepas habis waktu kerja kerana banyak kerja-kerja lain yang perlu diutamakan terlebih dahulu.
2. Amaun gaji yang kecil
Purata pendapatan atau gaji dalam industri kreatif sebenarnya agak rendah iaitu di antara RM2,000 hingga RM5,000 bagi peringkat atasan dan kebiasaannya tiada elaun tambahan.
Disebabkan itu, ramai individu yang lebih memilih untuk bekerja sendiri atau freelance kerana gaji seorang freelancer dalam industri kreatif jauh lebih tinggi berbanding pekerja sepenuh masa.
Artikel berkaitan: Kebaikan Dan Keburukan Bekerja Sebagai ‘Freelancer’
3. Waktu kerja tidak menentu
Sekiranya anda seorang yang mementingkan work life balance, industri kreatif bukanlah pilihan yang tepat. Ini kerana, industri kreatif memerlukan anda untuk bersengkang mata dan bekerja lebih masa lebih-lebih lagi sekiranya hampir tiba waktu deadline.
4. Tidak bebas untuk menjadi kreatif
Lazimnya, apabila anda bekerja untuk majikan atau klien, mereka adalah orang yang perlu anda patuh dan dengar arahan. Ini kerana, mereka yang akan menentukan hasil kerja anda dan akan memberikan kata putus sama ada mereka berpuas hati atau tidak.
5. Hasil kerja anda akan banyak kena reject
Bekerja dalam industri kreatif memerlukan anda untuk berhadapan dengan penolakan ataupun rejection ke atas hasil kerja anda.
Walaupun anda bersengkang mata untuk menyiapkannya, namun apabila majikan ataupun klien reject hasil kerja anda, anda perlu untuk lakukan semuanya semula tanpa membantah.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com