Maksud Sebenar KPI Dan Cara Pelaksanaannya

Maksud Sebenar KPI Dan Cara Pelaksanaannya

Posted by

KPI atau penilaian prestasi (key performance indicator) adalah penunjuk metrik (data) yang dinilai dari masa ke semasa untuk memastikan seseorang pekerja bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka seperti yang dikehendaki oleh majikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kewujudan KPI dalam syarikat adalah penting bukan sahaja untuk membantu perkembangan syarikat, bahkan untuk membantu career growth pekerja. Selain itu,

1. Pengukur prestasi kemajuan

KPI berfungsi sebagai satu tanda aras yang dapat mengukur prestasi anda dan pasukan (team) serta kemajuan yang dicapai dalam menuju goals yang ditetapkan.

2. Membantu untuk kekal fokus di tempat kerja dan selarikan objektif  

KPI dapat membantu kekalkan fokus pekerja dan pasukan dalam menuju matlamat yang sama, selain menyelarikan objektif setiap ahli pada landasan yang tepat.

3. Mengukuhkan komunikasi antara pasukan 

Dengan wujudnya objektif atau goals yang sama, setiap ahli pasukan dapat bergerak bersama dan secara tidak langsung akan meningkatkan komunikasi antara satu sama lain.

4. Mewujudkan budaya kerja progresif

KPI dapat memupuk budaya kerja progresif apabila pasukan dapat menjejak perkembangan masing-masing.

5. Membantu proses membuat keputusan

KPI adalah data yang mudah dibaca dan dapat memudahkan proses membuat keputusan dalam merancang strategi perkembangan syarikat

Bagaimana cara pelaksanaan KPI?

Sebelum menetapkan KPI kepada pasukan, penting untuk syarikat mengambil kira beberapa faktor. Antaranya:

1. Selarikan KPI dengan objektif

Pastikan KPI yang dilaksanakan selari dengan objektif dan matlamat syarikat. KPI adalah satu penunjuk metrik (data) jangka panjang, dan ia berkait rapat dengan perkembangan syarikat. Oleh itu, penting untuk selarikan KPI dengan matlamat akhir syarikat.

2. Pastikan KPI realistik dan jelas

Dalam melaksanakan KPI, perkara yang perlu diambil kira adalah untuk memastikan goals yang diberikan jelas dan realistik untuk semua pekerja mencapainya. Jadi penting untuk ambil tahu prestasi yang lepas sebelum membuat KPI yang baru.

3. Rancang pelaksanaan KPI

Penting untuk syarikat rancang tempoh masa sesuai dan kerangka masa (framework) mana yang ingin digunakan untuk memaksimumkan hasil.

4. Elak tambah KPI baru setiap masa 

Pastikan anda tidak mengubah-ubah atau menambah KPI baru setiap masa kerana ini akan menyebabkan data yang dihasilkan tidak konsisten dan menyukarkan proses membuat keputusan.

Kesimpulannya, KPI memainkan peranan penting bukan sahaja untuk perkembangan syarikat bahkan untuk career growth pekerja. Apabila pasukan bekerja dalam keadaan baik maka, pengurusan juga dapat beroperasi dengan lancar.

Artikel berkaitan: ‘Job Hopping’: Lebih Banyak Kebaikan Atau Keburukan?

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *