Ini 5 Sebab Kenapa Aktiviti ‘Team Building’ Penting Dalam Sesebuah Syarikat

Ini 5 Sebab Kenapa Aktiviti ‘Team Building’ Penting Dalam Sesebuah Syarikat

Posted by

Aktiviti team building adalah aktiviti atau program yang menjadi pilihan syarikat bagi meningkatkan produktiviti pekerja/staf/kakitangan. Aktiviti ini adalah inisiatif majikan dan syarikat untuk mengembalikan dan meningkatkan produktiviti setiap pekerja di semua peringkat.

Banyak syarikat yang menjadikan aktiviti team building sebagai salah satu aktiviti tahunan yang wajib ada dalam agenda syarikat. Namun, ada juga syarikat yang tidak pernah melakukan aktiviti team building ini kerana merasakan ia adalah aktiviti yang tidak berfaedah dan hanya membuang masa dan wang ringgit.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima sebab kenapa aktiviti team building ini penting dan perlu ada dalam setiap syarikat.

Ini 6 Sebab Kenapa Aktiviti ‘Team Building’ Penting Dalam Sesebuah Syarikat

1. Dapat mengenali rakan sekerja dengan lebih rapat

Aktiviti team building membantu mencipta hubungan yang lebih akrab antara rakan sekerja dan juga majikan. 

Bukan itu sahaja, aktiviti team building boleh bantu mengukuhkan hubungan pekerja yang bekerja di jabatan (departments) yang berbeza. Ini boleh membantu pekerja mengenal pasti kepentingan setiap jabatan dan peranan yang digalas mereka. 

2. Memberi motivasi dan meningkatkan produktiviti

Aktiviti team building yang menyeronokkan dan mencabar sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja. Setelah berhempas pulas di tempat kerja, tiada salahnya untuk majikan membawa pekerja menyertai aktiviti team building dan biarkan pekerja-pekerja melihat dunia luar agar hilang sedikit rasa tekanan dan beban di dada. 

Apabila pekerja mula bermotivasi, ia sekaligus akan meningkatkan produktiviti mereka dan juga syarikat.

Aktiviti berkaitan: 10 Senarai Aktiviti Team Building yang Best!

3. Meningkatkan komunikasi dan semangat kerjasama dalam pasukan

Aktiviti yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan antara pekerja dan pihak atasan dapat membiasakan mereka untuk bergaul dan secara tidak langsung akan meningkatkan komunikasi dan semangat kerjasama dalam pasukan. 

Ia juga dapat meningkatkan kualiti kerja kerana penting bagi sesebuah syarikat untuk mempunyai nilai kerjasama yang baik.

4. Meningkatkan kreativiti

Aktiviti team building bukan sahaja akan memberi pengalaman yang menyeronokkan, malah dapat meningkatkan kreativiti pekerja. Pendedahan terhadap suasana diluar tempat kerja akan memberi pengalaman baharu yang memerlukan pekerja untuk berfikir luar dari kebiasaan.

Kerjasama dalam melakukan tugas dapat mengalakkan pengahasilan idea kreatif dan baharu yang berguna untuk digunakan di tempat kerja.

5. Menghilangkan tekanan di tempat kerja

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang team building pastinya akan menghilangkan seketika tekanan pekerja di tempat kerja. Tidak mustahil para pekerja akan kembali aktif dan bersemangat untuk memulakan hari bekerja pada keesokan harinya.

Jelaslah bahawa aktiviti team building adalah lebih daripada sekadar permainan atau aktiviti. Ia adalah tentang membina sebuah pasukan yang kuat dan lingkungan kerja yang menyokong antara satu sama lain. Penting bagi syarikat di Malaysia untuk menerapkan dan mewajibkan aktiviti team building agar dapat bersaing di peringkat global sambil membina budaya kerja yang sihat dan produktif.

Jadi, berilah masa dan peluang kepada pekerja anda untuk menenangkan fikiran dan melupakan sebentar beban yang digalas di bahu mereka.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *