Tular di media sosial apabila seorang majikan berbangsa Cina, bernama Sunny Seow menghadiahkan sebuah rumah, kereta berserta dua bulan bonus dan cuti Hari Raya Aidilfitri kepada dua pekerjanya yang berbangsa Melayu.
Difahamkan kedua-dua pekerjanya itu telah berkhidmat selama 12 tahun dan menerima gaji hanya RM900 sebulan dan kini mencecah RM5000 sebulan.
Ketika mereka mula bekerja di syarikatnya, mereka berdua baru berumur 16 tahun dan kini salah seorang daripada mereka sudah mempunyai keluarga dan dua orang anak. Sunny berhasrat untuk mengubah hidup mereka serta membantu mereka keluar dari kemiskinan.
“Saya berterima kasih kepada mereka atas kesetiaan mereka selama 12 tahun ini. Mereka mungkin tidak memperoleh banyak, tetapi ia masih ada. Selamat maju jaya kepada mereka!” tulis Sunny dalam hantarannya di laman Facebook.
Hantaran yang dikongsi meraih lebih 1.9 ribu likes dan 113 shares dan rata-rata warganet terharu dan kagum dengan sikap Sunny yang baik hati.
Artikel berkaitan: Apa Yang Majikan Perlu Tahu Tentang Diskriminasi Agama Di Tempat Kerja
Sumber: Facebook Sunny Seow
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.