Ini Sebab Ketawa Secara Berlebihan & Melampau Boleh Meragut Nyawa

Ini Sebab Ketawa Secara Berlebihan & Melampau Boleh Meragut Nyawa

Posted by

Ketawa merupakan salah satu cara seseorang mengekspresikan kegembiraan dan memberikan ketenangan, serta memberi kesan positif kepada orang sekeliling sekaligus membantu mengurangkan stres.

Ketawa bukan hanya merangsang penyedutan udara yang lebih dalam, tetapi juga menghasilkan hembusan karbon dioksida yang lebih efektif. Peningkatan pengambilan oksigen inilah yang memberikan manfaat kepada tubuh. Ini termasuk: 

  1. Ketawa dapat menurunkan hormon stres dan sekaligus akan meningkatkan endorfin, yang sering disebut sebagai hormon kebahagiaan.
  2. Ketawa menciptakan suasana minda yang positif dan meningkatkan keyakinan. Kalau anda perasan, apabila anda sedang ketawa, anda sukar untuk merasa marah.
  3. Ketawa dapat memperkuat sistem imun anda. Ini berkaitan dengan peningkatan jumlah sel anti-virus dan anti-jangkitan dalam tubuh yang membantu melindungi daripada jangkitan virus.
  4. Ketawa meningkatkan kekuatan kardiovaskular melalui penyedutan dan hembusan nafas.
  5. Ketawa menawarkan pelepasan katartik yang penting untuk emosi yang terpendam, menjadikan kita lebih bersedia untuk mengatasi tekanan dan lebih tahan dalam menghadapi cabaran.

Ketawa Secara Berlebihan & Melampau Boleh Meragut Nyawa

Kalau anda nak tahu, ketawa secara berlebihan dan melampau sebenarnya boleh mengancam nyawa. Ini disebabkan oleh:

1. Aneurisma otak pecah

Aneurisma otak adalah benjolan yang terjadi pada saluran darah (arteri) di dalam otak. Beberapa aneurisma mungkin tidak dikesan, tetapi benjolan ini boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan di dalam otak.

Aneurisma yang pecah dengan cepat boleh menyebabkan kerosakan otak dan meningkatkan tekanan dalam rongga tengkorak. Tekanan yang tinggi ini dapat mengganggu aliran oksigen ke otak, dan dalam beberapa kes, boleh mengakibatkan koma atau kematian.

Antara tanda-tanda aneurisma otak pecah adalah:

  • Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba
  • Penglihatan berganda
  • Muntah-muntah
  • Sawan
  • Sensitif kepada cahaya

2. Serangan asma

Asma boleh terjadi disebabkan emosi yang berbeza-beza antaranya menangis, tertekan, seronok atau ketawa.

Sesetengah individu hanya mengalami gejala asma ringan. Namun, ada juga individu lain yang sekiranya mereka ketawa berlebihan, ia boleh mencetuskan serangan asma yang teruk sekaligus menjadikannya sukar untuk bernafas.

Tanpa rawatan segera, serangan asma yang disebabkan oleh ketawa boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kegagalan pernafasan atau serangan jantung.

3. Sesak nafas

Ketawa secara berlebihan boleh menyebabkan sesak nafas atau nama saintifiknya, asphyxiation.

Ini kerana, ketawa secara berlebihan boleh menghalang pernafasan atau menyebabkan seseorang berhenti bernafas, menyebabkan tubuh kekurangan oksigen.

Kematian jenis ini berkemungkinan disebabkan oleh dos berlebihan nitrus oksida atau lebih dikenali sebagai gas ketawa.

4. Sawan gelastik

Sawan gelastik biasanya bermula di hipotalamus. Sawan ini unik kerana ia sering dikaitkan dengan ketawa atau ketawa yang tidak terkawal, sama ada semasa berjaga atau tidur.

Individu yang mengalami sawan mungkin tampak ketawa, tersenyum, atau menyeringai. Ekspresi emosi ini adalah paksa dan tidak dapat dikawal. Selain itu, sawan gelastik juga boleh disebabkan oleh tumor otak yang berada di hipotalamus.

Kesimpulannya, bersederhanalah dan berpada-padalah ketika anda sedang bergembira atau sedang ketawa kerana apa sahaja yang berlebihan pastinya membawa padah.

Bacaan lain: Ini Sebab Kenapa Kuku Tangan Lebih Cepat Tumbuh Berbanding Kuku Kaki

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *