Tidur Selepas Jam 1 Pagi Tingkatkan Risiko Masalah Mental 

Tidur Selepas Jam 1 Pagi Tingkatkan Risiko Masalah Mental 

Posted by

Kajian dari Stanford University mendapati bahawa tidur selepas jam 1 pagi boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental, seperti menyebabkan kebimbangan dan kemurungan.

Kajian yang melibatkan hampir 75,000 orang dewasa itu mendapati bahawa mereka yang tidur lewat berisiko lebih tinggi mengalami gangguan mental, meskipun ia telah menjadi kebiasaan mereka.

Penyelidik menasihatkan agar orang ramai tidur lebih awal iaitu sebelum jam 1 pagi untuk menjaga kesihatan mental.

Artikel berkaitan: Awas! Kurang Tidur Boleh Membawa Maut

Selain itu, kajian tersebut menunjukkan bahawa waktu tidur memainkan peranan lebih besar berbanding tabiat tidur. Mereka yang tidur lewat 20% hingga 40% berisiko lebih tinggi mengalami masalah mental berbanding yang tidur awal.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychiatric Research pada Mei 2024 ini turut dilaporkan oleh Stanford Medicine dan NBC Bay Area yang menekankan kepentingan waktu tidur untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *