13 Aplikasi Produktiviti Untuk Kegunaan Di Pejabat

13 Aplikasi Produktiviti Untuk Kegunaan Di Pejabat

Posted by

Siapa sangka telefon mudah alih memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam kehidupan seharian kita, tetapi juga menjadikan urusan di pejabat lebih teratur dengan pilihan aplikasi produktiviti yang berguna. Di dalam era digital kini, tidak dinafikan kita amat mementingkan produktiviti dan ingin menyelesaikan sesuatu dengan cepat tanpa perlu usaha yang banyak. Ianya lantas menjadikan aplikasi produktiviti sebagai ‘pembantu peribadi’ yang berguna berbanding dengan penggunaan nota sticky

Tidak salah untuk kita menggunakan atau bergantung pada aplikasi produktiviti bagi memastikan kehidupan dan kerja kita lebih teratur. Berikut adalah 13 aplikasi produktiviti untuk kegunaan di pejabat yang anda boleh muat turun bergantung dengan pilihan peribadi anda. Sebelum itu, senarai aplikasi di bawah tidak dinilai oleh nombor yang tertera, tetapi kesemuanya sesuai dimuat turun untuk iOS dan Android. Jom kita mulakan!

 

1. IFTTT

 

 

If This Then That (IFTTT) mencipta rangkaian automatik dengan perkhidmatan kegemaran anda yang dinamakan sebagai applet. Anda boleh menyesuaikan applet untuk menyiarkan semula kemas kini dari satu platform media sosial kepada platform yang lain, tetapkan peringatan untuk menghantar pesanan kepada sesiapa sahaja, dapatkan kemas kini ramalan cuaca setiap pagi, dapatkan informasi baru daripada penerbitan kegemaran anda dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa applet yang dikendalikan khas untuk rumah, kereta, pejabat dan sebagainya.

2. TickTick

TickTick adalah satu aplikasi senarai dan pengurusan tugas yang mudah digunakan. Aplikasi tersebut dapat membantu mengurus kehidupan anda dari segi membuat jadual, menguruskan masa, mengingatkan tentang tarikh-tarikh penting dan pelbagai lagi. TickTick juga mempunyai sinkronisasi awan atau cloud synchronisation yang lancar untuk kesemua peranti anda.

3. Trello

Katakan helo kepada Trello! Trello mempunyai pilihan papan, senarai dan kad untuk memberi keutamaan kepada projek serta penganjuran. Aplikasi ini membolehkan anda untuk menubuhkan papan yang berbeza untuk pasukan atau jabatan yang berlainan dan jejak tugasan yang diberikan dengan mudah. Anda turut boleh bekerjasama dengan mana-mana pasukan serta membuat papan peribadi untuk tujuan kolaborasi. Trello turut mempunyai aplikasi yang sering digunakan seperti Evernote, Slack, Dropbox, MailChimp dan lain-lain supaya anda boleh menguruskan aliran kerja anda di mana sahaja.

4. Any.do

Antara 13 aplikasi produktiviti untuk kegunaan di pejabat adalah Any.do. Aplikasi ini membantu memastikan jadual anda mengikut waktu, menetapkan peringatan, nota serta keupayaan untuk berkongsi senarai dan memberikan tugasan kepada orang lain. Ciri kemasukan suara Any.do turut membolehkan anda menambah sesuatu ke senarai tugasan anda hanya melalui percakapan. Penyepaduan kalendar juga tersedia untuk pengurusan senarai tugasan yang lebih efektif.

5. Todoist

Todoist adalah satu aplikasi produktiviti perancang berbilang platform yang memelihara senarai dengan cekap menerusi pendekatan yang lancar dan bebas gimik untuk pengurusan antara muka serta tugasan. Aplikasi ini menampilkan enjin bahasa semulajadi kukuh yang membolehkan penggunaan kod warna untuk menentukan tahap prioriti tugasan, perkongsian projek serta graf produktiviti bagi mencatat kemajuan anda dalam sesuatu tugasan.

6. 1 Password

 

Menerusi 1 Password ini, kita dapat menyimpan kesemua kata-kata laluan peribadi seperti log masuk ke aplikasi dan laman web, kad kredit, maklumat akaun bank, passport, lesen dan banyak lagi dengan hanya satu Master Password yang melindungi segala maklumat peribadi tersebut. 

7. Otter Voice Notes

Otter boleh merakam dari mikrofon dalaman telefon anda atau melalui peranti Bluetooth. Aplikasi ini membantu menyalin kerja anda secara automatik, lengkap dengan tanda baca serta ID penceramah. Pengguna boleh mengedit transkrip untuk membetulkan apa-apa kesilapan, dan transkrip tersebut boleh dieksport ke dalam teks atau ke aplikasi lain. Anda turut boleh kongsi transkrip anda dengan kumpulan sedia ada atau melalui pautan awam.

8. Cloze

Cloze membantu mengurus nombor-nombor kenalan perniagaan dan profesional anda hanya dengan satu klik. Aplikasi tersebut membina semua-dalam-satu nombor kenalan, rangkaian sosial serta pusat arahan e-mel. Cloze juga menyegerakkan butiran mengenai kenalan anda dari pelbagai rangkaian sosial serta e-mel anda supaya maklumat dan profil anda sentiasa dikemaskini. Pengguna turut boleh tweet, kemas kini status, like atau kongsi pautan dan banyak lagi!

9. Ayoa

Gunakan ciri Peta Minda aplikasi Ayoa untuk merancang idea, mengubah ciptaan peta minda dan menyenaraikan tugasan. Manfaatkan ciri perancangan Ayoa untuk mengutamakan beban kerja yang ada, menetapkan tarikh akhir serta membuat peringatan. Pengguna turut boleh menggunakan ciri-ciri Ayoa seperti chat, perkongsian dan senarai tugasan bersama kumpulan anda.

10. Teamweek

Teamweek adalah ruang pengurusan projek dan masa yang boleh membantu kumpulan anda mengetahui atau mengemas kini tugasan masing-masing. Aplikasi ini mempunyai antara muka drag-and-drop yang mudah dan alat organisasi untuk pemimpin atau ahli pasukan menyesuaikan tugasan mengikut pilihan kendiri. Pengguna juga boleh membuat dan menetapkan tugasan mengikut kod warna pada perkongsian kalendar untuk rujukan.

11. Slack

Aplikasi Slack merupakan alat komunikasi berkumpulan yang meliputi asas-asas mesej segera dan menyegerakkan mesej ke seluruh peranti desktop serta telefon mudah alih. Aplikasi tersebut menyokong pemesejan langsung individu atau berkumpulan dan dilengkapi dengan fungsi arkib supaya anda boleh mencari fail-fail lama yang pernah dikongsikan.

12. Asana

Antara 13 aplikasi produktiviti untuk kegunaan di pejabat termasuk aplikasi Asana yang bertujuan untuk menghindari kerumitan menjejak pelbagai bebenang e-mel dengan meletakkan pengurusan projek serta komunikasi berkumpulan anda dalam satu tempat. Anda boleh mengemas kini tugasan kumpulan atau berkongsi idea serta ulasan dengan kesemua ahli kumpulan sama ada di Android, iOS atau menerusi aplikasi laman web.

13. CamScanner

Aplikasi produktiviti pintar CamScanner ini dapat membantu anda untuk imbas, simpan, segerakkan dan berkolaborasi melalui pelbagai pilihan kandungan merentas telefon mudah alih, iPad, tablet dan komputer. Anda hanya perlu tangkap gambar dokumen, edit, simpan, muat naik lalu kongsikan fail tersebut di mana atau kepada siapa sahaja yang anda mahu.

 

Tingkatkan produktiviti anda di pejabat menerusi penggunaan aplikasi produktiviti seperti di atas yang boleh dimuat turun untuk Android, iOS dan juga komputer anda. Kongsikan bersama kami pilihan aplikasi produktiviti anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi!


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *