Tips Penjagaan Mata Untuk Yang Bekerja Di Pejabat

Tips Penjagaan Mata Untuk Yang Bekerja Di Pejabat

Posted by

Tahukah anda, kecenderungan mata untuk lebih cepat rosak adalah tinggi bagi anda yang menggunakan komputer dalam tempoh yang lama? Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), 70.6% daripada pekerja yang menggunakan komputer di tempat kerja mengadu sakit mata yang semuanya berkaitan dengan Sindrom Penglihatan Komputer atau Computer Vision Syndrome (CVS).

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 tips mudah penjagaan mata untuk anda yang bekerja di pejabat.

1. Gunakan pencahayaan yang sesuai

Tips Penjagaan Mata Untuk Yang Bekerja Di Pejabat

Mata manusia cenderung untuk mengalami keletihan apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar seperti matahari atau lampu di dalam pejabat. 

Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu yg sedikit sahaja. Elakkan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk lebih selesa.

2. Teknik 20-20-20

Melihat skrin komputer untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan mata penat, penglihatan kabur, mata kering dan sakit di kepala, leher, dan belakang. 

Anda boleh cuba amalkan teknik 20-20-20 iaitu setiap 20 minit anda perlu rehatkan mata. Rehatkan diri dari tengok skrin komputer selama 20 minit kemudian fokuskan mata anda kepada objek sejauh 20 kaki selama 20 saat. 

Latihan ini penting supaya otot-otot di mata anda tidak kejang selepas berada di hadapan laptop telalu lama.

3. Kurangkan silau

Bagi kebanyakan orang berkerja yang kerap menggunakan komputer mahupun telefon bimbit, mata mereka akan menjadi letih disebabkan silau yang datang dari cahaya yang diterbalikkan (reflection) dari permukaan dinding atau skrin.

Jadi, elakkan dari menggunakan bilik yang berwarna terang seperti warna putih. Jika anda seorang yang bercermin mata, pastikan cermin mata anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) bagi meminimumkan kesan silau pada mata.

4. Jaga pemakanan

Sekiranya mata anda mula merasa tidak selesa, anda patut semak balik pemakanan yang anda ambil. Pastikan mata anda mendapat banyak manfaat daripada diet yang mengandungi asid lemak omega-3, lutein, zink, dan vitamin C dan E.

Nutrien ini bukan sahaja membantu anda mengekalkan penglihatan yang baik apabila anda semakin berusia tetapi juga menghalang pelbagai penyakit mata.

5. Lakukan pemeriksaan mata secara berkala

Dapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata anda berada dalam keadaan baik. Ia juga bertujuan untuk mencegah sindrom atau penyakit yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau dry eye.

Tips Penjagaan Mata Untuk Yang Bekerja Di Pejabat

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *