Happy place adalah suatu tempat, situasi atau persekitaran di mana seseorang berasa paling gembira dan selamat. Kebiasaannya, happy place seseorang adalah di rumah bersama orang yang tersayang atau mungkin juga di tempat-tempat istimewa yang tersimpan memori indah buat mereka.
Jadi, apa kata anda jadikan tempat kerja sebagai salah satu happy place anda? Memandangkan kita semua menghabiskan sekitar lima hari seminggu di tempat kerja.
Berikut kami kongsikan 3 tips mudah untuk jadikan tempat kerja sebagai happy place.
1. Kemas dan susun ruang tempat kerja
Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, purata kebanyakan pekerja menghabiskan masa di tempat kerja adalah selama lapan jam sehari atau lebih. Oleh itu, penting untuk anda jaga kebersihan ruang tempat kerja. Hal ini kerana ruang tempat kerja yang kemas dan bersih akan memberikan rasa selesa dan tenang.
2. Pilih dekorasi yang bersesuaian
Setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri, ada yang meminati konsep minimalis dan maksimalis. Oleh itu, pilih dekorasi yang sesuai dengan tempat kerja anda yang memberikan ketenangan dan keselesaan ketika membuat kerja.
Anda juga boleh mengubah susun atur ruang tempat kerja mengikut kesesuaian agar anda dapat produktiviti yang maksimum.
Selain itu, anda juga boleh bawa perhiasan yang mengingatkan anda kepada rumah atau orang-orang yang anda sayang untuk cipta persekitaran yang selesa. Tapi hiasan yang anda bawa mestilah bersesuaian dan tidak menganggu orang lain.
3. Cipta mood yang positif
Mencipta mood positif di tempat kerja bukan sahaja akan menjadikan anda lebih produktif malah lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan harian. Anda boleh pilih muzik yang bersesuaian untuk naikkan lagi semangat kerja anda.
Anda juga boleh cipta mood kerja yang kondusif dengan rakan sekerja yang lain untuk berborak hal-hal yang bukan berkaitan kerja ketika waktu rehat.
Artikel berkaitan: 16 Cara Mencipta Kegembiraan Anda Sendiri di Tempat Kerja
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda pada masa hadapan.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com