Latihan industri/praktikal (internship) merupakan peluang yang baik untuk mendapatkan pengalaman bekerja dan mempelajari kemahiran baharu. Pelajar internship yang menonjol dan mempamerkan kredibiliti yang tinggi akan berpeluang untuk menjadi pekerja tetap di syarikat tersebut.
Berikut adalah empat tips mudah untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan tawaran kerja sekaligus mengubah status internship kepada kerja tetap.
1. Cari penyokong anda
Walaupun ia hanya latihan internship, anda perlu berusaha untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan penyelia (supervisor) anda. Ia sangat berguna sekiranya syarikat memutuskan untuk mengambil anda sebagai pekerja tetap.
2. Keluar dari bidang anda
Ambil peluang untuk belajar kemahiran dan skil baharu di luar bidang anda. Anda tidak akan tahu bila kemahiran ini akan berguna kepada anda.
3. Dapatkan maklum balas daripada penyelia anda
Maklum balas boleh membantu anda menentukan kekuatan dan kelemahan anda. Luangkan sedikit masa untuk duduk dan berbincang dengan penyelia tentang prestasi anda sebagai pelajar intern.
4. Tetapkan niat anda
Sekiranya anda ingin menjadi pekerja tetap di syarikat tempat anda menjalani internship, tetapkan niat anda dari hari pertama lagi. Kemudian, nyatakan niat tersebut kepada penyelia anda.
Artikel berkaitan: Ways to Turn an Internship into a Job Offer
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com