‘Job Description Template’ Ketua Pegawai Eksekutif

‘Job Description Template’ Ketua Pegawai Eksekutif

Posted by

Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO adalah individu berpangkat tertinggi di sesebuah syarikat. Mereka membuat keputusan penting, mengurus sumber dan operasi keseluruhan syarikat dan berkomunikasi dengan lembaga pengarah, pasukan pengurusan dan operasi korporat.

Job description template untuk Ketua Pegawai Eksekutif ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang berpengalaman untuk menguruskan operasi harian syarikat kami. Calon mestilah bersedia untuk membina budaya syarikat yang hebat, memberikan kepimpinan yang baik kepada pasukan eksekutif kami, mewujudkan hubungan kerja yang hebat dengan lembaga pengarah dan menetapkan hala tuju untuk strategi syarikat.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Ketua Pegawai Eksekutif termasuklah:

  • Membangunkan strategi dan rancangan perniagaan yang berkualiti tinggi 
  • Memimpin dan mendorong orang bawahan untuk memajukan penglibatan pekerja 
  • Mengawasi semua operasi dan aktiviti perniagaan 
  • Membuat keputusan untuk memajukan perniagaan dan meningkatkan keuntungan
  • Menguatkuasakan pematuhan kepada garis panduan undang-undang dan dasar dalaman untuk mengekalkan etika perniagaan syarikat
  • Menyemak laporan kewangan dan bukan kewangan untuk merangka penyelesaian atau penambahbaikan
  • Membina hubungan yang baik dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan
  • Menganalisis situasi dan kejadian bermasalah dan menyediakan penyelesaian untuk memastikan pertumbuhan syarikat
  • Mengekalkan pengetahuan mendalam tentang pasaran dan industri syarikat

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai CEO atau dalam jawatan yang berkaitan
  • Pengalaman dalam membangunkan strategi yang menguntungkan 
  • Pemahaman kukuh tentang kewangan korporat dan prinsip pengurusan prestasi
  • Mahir dengan fungsi perniagaan yang pelbagai seperti pemasaran, PR, kewangan dll.
  • Pengetahuan mendalam tentang pentadbiran korporat dan pengurusan am
  • Mempunyai minda keusahawanan dengan kemahiran organisasi dan kepimpinan yang cemerlang
  • Kebolehan menganalisis dan kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kemahiran komunikasi dan pengucapan awam yang sangat baik
  • Ijazah Sarjana Muda dalam pentadbiran perniagaan atau bidang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Ketua Pegawai Eksekutif?

Purata gaji bulanan untuk Ketua Pegawai Eksekutif adalah antara RM 30,00 hingga RM 50,00.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Ketua ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *