Fakta VS Auta: Kewangan Lebih Terjamin Sekiranya Bergaji Tinggi?

Fakta VS Auta: Kewangan Lebih Terjamin Sekiranya Bergaji Tinggi?

Posted by

Menurut Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), 70% rakyat Malaysia yang berusia 35 hingga 45 tahun telah diisytiharkan muflis kerana kegagalan mereka membayar hutang. 

⅕ rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan dalam tempoh 6 bulan terakhir – Sekiranya berlaku kehilangan sumber pendapatan utama, hanya 24% daripada rakyat Malaysia mampu bertahan sehingga 3 bulan dan hanya 10% yakin dapat bertahan sehingga 6 bulan dengan bergantung kepada wang simpanan.

Selain itu, kebanyakan isi rumah di negara ini yang tinggal di dalam bandar mahupun luar bandar tidak mempunyai wang simpanan.

Dengan ini, jelaslah bahawa tidak kiralah anda berpendapatan tinggi atau rendah, menetap di bandar atau luar bandar, kita semua berpotensi untuk berada dalam kelompok yang dinyatakan di atas sekiranya tidak menguruskan kewangan dengan bijak. 

Gaji tinggi tidak menjamin kestabilan kewangan

Ramai yang percaya bahawa memiliki gaji yang banyak adalah satu kelebihan kerana ia menjamin kewangan yang stabil. 

Bagi anda yang baru melangkah ke alam pekerjaan, anda boleh amalkan formula pengurusan kewangan 30:10 iaitu:

  • 30% – simpanan, pelaburan & perlindungan
  • 30% – hutang & simpanan perbelanjaan
  • 30% – perbelanjaan
  • 10% – penyucian harta (Contoh: berzakat dll.)

Anda masih boleh menikmati kestabilan kewangan sekiranya anda mampu untuk mengawal kewangan secara rasional dan berhemah. Kurangkan perbelanjaan yang tidak penting agar kewangan anda terjamin walau apa jua pendapatan yang anda perolehi.

Kawal perbelanjaan anda dengan bijak!

Perbelanjaan yang terkawal akan menghalang anda daripada berbelanja secara boros. Sekiranya anda berbelanja secara berlebihan, jumlah wang anda pastinya akan berkurangan. Akibatnya, lebihan wang yang boleh digunakan untuk melabur akan berkurang. 

Hutang yang menimbun juga menambahkan kesulitan yang boleh menyebabkan anda tertekan.

Persiapkan diri dengan keselamatan kewangan

Tidak kiralah anda berpendapatan tinggi, sederhana mahupun rendah, sekiranya anda melengkapi diri dengan 6 keselamatan kewangan ini, anda pastinya dapat hidup dengan lebih tenang.

Artikel berkaitan: 5 Proven Ways To Achieve Financial Security

1. Sediakan dana kecemasan

Sukar untuk anda menstabilkan kewangan sekiranya anda mempunyai hutang. Jadi, simpanlah sejumlah wang sebagai langkah awal keselamatan kewangan.

2. Langsaikan hutang

Selesaikan hutang secara sistematik. Senaraikan semua hutang dari jumlah terkecil hingga yang terbesar, mengikut baki. Langsaikan hutang sehinggalah anda bebas hutang.

3. Kawal penggunaan kad kredit

Kad kredit mendorong anda untuk berbelanja secara boros. Tanpa disiplin yang betul, ia akan menyebabkan longgokan hutang, tekanan dan kebimbangan.

4. Berbelanja mengikut kemampuan

Ajar diri untuk tidak berlebih-lebihan dalam berbelanja agar kewangan anda lebih stabil.

5. Sertai takaful

Dapatkan pelan takaful hayat jangka panjang, kesihatan, rumah kenderaan untuk perlindungan risiko kerugian kewangan. 

6. Melabur 15% daripada pendapatan selepas bebas daripada hutang

Tingkatkan kekayaan dengan menjana pendapatan tambahan (jika perlu) sebelum bersara atau untuk capai matlamat kewangan.

Kesimpulannya, tidak kira tinggi atau rendah pendapatan anda, anda boleh lengkapkan diri dengan keselamatan kewangan sekiranya anda tahu menguruskannya sejak awal lagi. Amalkan kewangan yang baik sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan yang menenangkan. 

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Bacaan lain: 7 Perkara Yang Anda Wajib Buat Apabila Berhutang

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *