Kaizen bermaksud perubahan ke arah kebaikan secara berperingkat. Secara ringkasnya ia bermaksud penambahbaikan yang berterusan.
Kai bermaksud ubah manakal zen bermaksud untuk lebih baik. Sejak tamat Perang Dunia Kedua, masyarakat Jepun sangat berpegang teguh kepada konsep Kaizen ini.
Selain dijadikan prinsip atau falsafah bagi individu yang berjaya, konsep Kaizen juga banyak dijadikan nilai teras bagi banyak organisasi Jepun contohnya seperti Toyota.
Bagi mereka, konsep Kaizen boleh membantu memaksimumkan produktiviti setiap pekerja.
Bacaan lain: Realiti Budaya Kerja Orang Jepun
Selain itu, bagi masyarakat Jepun, konsep Kaizen boleh dijadikan pegangan atau motivasi untuk berjaya. Perubahan yang perlahan tetapi konsisten ini membolehkan mereka untuk kekal bertahan dan tidak mudah putus asa dengan usaha yang mereka lakukan.
Selain itu, konsep Kaizen juga membawa satu kepercayaan bahawa semuanya boleh ditambah baik. Jangan takut untuk lakukan perubahan kerana ada masanya perubahan perlu dilakukan sekiranya ingin berjaya.
Manfaat Kaizen kepada syarikat
Falsafah Kaizen memiliki banyak manfaatnya kepada sesebuah syarikat yang mengamalkannya. Antaranya adalah:
- Kepuasan pekerja menjadi lebih baik
- Menguatkan kesetiaan pekerja
- Meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti pekerja
- Masalah dapat diselesaikan dengan lebih baik
Justeru, Kaizen adalah satu falsafah yang mengajar kita untuk melakukan perubahan yang berterusan walaupun sedikit.
Falsafah ini sesuai dipegang dan diamalkan sekiranya seseorang ingin berjaya. Perubahan yang berterusan boleh membantu memperbaiki diri.
Semoga perkongsian ini memberi panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: Investopedia, Toyota UK Magazine
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com