Anda tahu tak kalau anda bekerja dalam bidang yang anda suka (passionate), maka setiap hari seolah-olah anda tidak bekerja!
Semua orang pasti ingin bekerja dalam bidang yang mereka suka (passionate), namun sebenarnya rasa passionate itu boleh dibentuk atas dasar cinta pada pekerjaan anda.
Artikel berkaitan: 5 Tanda Anda ‘Happy’ Dengan Tempat Kerja Sekarang
Rasa cinta terhadap pekerjaan itu adalah sebuah pilihan. Pilihan untuk kerja keras serta pilihan untuk buka hati mendalami sesuatu bidang.
Pilihan-pilihan ini boleh digunakan untuk dikongsikan kepada masyarakat, dan membina hubungan baik dengan orang sekeliling.
Jadi walaupun pekerjaan yang anda sedang lakukan sekarang tidak seindah apa yang anda bayangkan suatu ketika dahulu, anda tetap boleh belajar untuk menikmati dan mencintai pekerjaan anda.
Menurut laporan, 88% pekerja tidak suka dengan pekerjaannya sekarang. Di Malaysia, pekerja akan bekerja sekitar 8 jam sehari bermaksud hampir separuh hari digunakan untuk bekerja.
Jadi, kalau pekerjaan anda dianggap beban, bermaksud anda telah mengharungi separuh daripada hari anda dengan hati yang berat.
Oleh sebab itu, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima tips mudah untuk mencintai pekerjaan anda!
-
Cuba ingat kembali tujuan anda bekerja sekarang ini? Kenapa anda bekerja di tempat kerja anda sekarang? Untuk siapa? Apa yang menyebabkan anda terima bekerja di tempat kerja anda sekarang?
-
Cuba kemahiran (skil) baru. Kalau anda tidak suka dengan position anda sekarang, cuba belajar kemahiran-kemahiran lain yang anda enjoy untuk buat. Ia bukan sekadar untuk menambah ilmu, tetapi banyak peluang baharu yang akan terbuka untuk anda nanti.
-
Lihat situasi anda. Apa yang anda suka dan tidak suka dengan pekerjaan sekarang ini? Apa yang boleh anda buat untuk memaksimumkan perkara-perkara yang anda suka dan meminimumkan perkara-perkara yang anda tidak suka?
-
Cari sahabat dan mentor. Ia bukan sahaja boleh membantu membina hubungan sesama rakan sekerja tetapi juga untuk belajar kemahiran baru, membantu anda untuk dapatkan feedback dan banyak lagi.
-
Kalau anda dah usaha semaksimum mungkin untuk mencintai pekerjaan anda tapi masih tetap gagal, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti dan cari peluang lain di luar sana.
Kesimpulannya, jangan “kerja untuk hidup” kalau anda sendiri tidak berasa hidup.
Kebahagiaan anda bukan hanya bila tiba hujung minggu (weekend). Jatuh cintalah dengan pekerjaan anda agar anda boleh tumbuh (grow) dalam pekerjaan anda.
Jadikan segala kekurangan sebagai kesempatan untuk anda belajar, dan mulai bina hubungan baik dengan pekerjaan anda sendiri. Percayalah, jatuh cinta dengan pekerjaan anda akan buatkan hari-hari anda lebih indah dan menenangkan!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com