Kesan Tidak Makan Tengah Hari Terhadap Kesihatan

Kesan Tidak Makan Tengah Hari Terhadap Kesihatan

Posted by

Makan tengah hari (lunch) adalah penting untuk memastikan tubuh dan otak anda berfungsi dengan aktif dan baik sepanjang hari. 

Sekiranya anda tidak makan atau skip makan tengah hari, ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah menurun dan akan menyukarkan anda untuk kekal fokus pada hari tersebut. 

Untuk kekal fokus, otak memerlukan glukosa yang mencukupi yang mana jika ia berkurang, ia akan mengganggu proses dan fungsi otak.

Apabila gula dalam darah berkurang, ia akan menyebabkan perubahan emosi seseorang. Malah, tidak makan tengah hari juga boleh menyebabkan metabolisma anda menjadi perlahan dan menyebabkan berat badan meningkat.

Artikel berkaitan: What happens to the body when you skip meals?

Kesan Tidak Makan Tengah Hari Terhadap Kesihatan

Selain itu, perut menghasilkan jus pencernaan untuk memproses makanan yang anda makan. Walaupun tidak ada makanan untuk dicerna, ia akan terus melakukan tugasnya pada waktu biasa yang anda makan. 

Jadi, apabila tiada makanan untuk diproses, ia menjurus kepada asid refluks, gastritis dan asid perut. Jisim pencernaan yang berlebihan boleh menghancurkan lapisan usus dan menyebabkan ulser.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda tidak makan tengah hari, ia akan menyebabkan nafas anda berbau. Hal ini disebabkan, mulut akan menghasilkan kurang air liur dan menyebabkan mulut anda menjadi kering. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *