Konsep Ikigai: Rahsia Orang Jepun Untuk Kekal Bahagia

Konsep Ikigai: Rahsia Orang Jepun Untuk Kekal Bahagia

Posted by

Anda pernah dengar tak perkataan Ikigai? Ikigai adalah istilah dari Jepun yang membawa maksud ‘alasan untuk hidup (the purpose of life)’. Menurut petikan buku The Japanese Secret to a Long and Happy Life, semua manusia memiliki Ikigai masing-masing. 

“Your ikigai is at the intersection of expertise and what you love to do.” (Hector Garcia, 2017).

Ikigai boleh menjadi salah satu penyebab kita bangun setiap hari. Ia adalah tindakan secara semula jadi tanpa paksaan, dibuat secara sukarela dan ikhlas.

Konsep Ikigai: Rahsia Orang Jepun Untuk Kekal Bahagia
Okinawa

Siapakah yang mula-mula mengamalkan Ikigai ini? Semuanya bermula di sebuah kepulauan Selatan Jepun iaitu Okinawa, di mana ia dikatakan menjadi pengamal kepada penduduk terbesar centenarians di dunia.

Kajian telah membuktikan bahawa wilayah yang paling gembira di Jepun ialah Okinawa! Walaupun Okinawa dikategorikan sebagai kawasan yang paling miskin di Jepun, tetapi penduduk Okinawa diiktiraf mempunyai jangka hayat tertinggi. 

Ini dibuktikan apabila Buettner (2010), penulis buku Blue Zones: Lessons on Living Longer from the People Who’ve Lived the Longest, percaya bahawa Ikigai boleh menyumbang kepada umur yang panjang dan kekal bahagia.

Konsep Ikigai: Rahsia Orang Jepun Untuk Kekal Bahagia

Untuk menemukan Ikigai dalam diri, anda perlu bertanya soalan-soalan ini:

  1. Apa yang anda minat (passion)?
  2. Apa kepakaran anda (mission)?
  3. Apa yang diperlukan oleh orang lain (vocation)?
  4. Apa yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan (profession)?

Ikigai bukan hanya bersifat materialisme tetapi ia boleh hadir dari hal yang terlihat kecil dan sederhana, namun di situlah kebahagian ditemukan. Sebagai contoh, menikmati waktu bersendirian, makan bersama keluarga dan sebagainya.

Apa yang menghalang anda daripada menemukan Ikigai?

  1. Anda tidak ingin mengambil risiko dalam hidup
  2. Anda tidak tahu apa keinginan anda 
  3. Orang lain yang membuat keputusan dalam hidup anda

Bagaimana pula sekiranya anda ingin menerapkan Ikigai dalam kerjaya? 

Setelah anda tahu Ikigai anda melalui empat soalan di atas, anda boleh mencari pekerjaan yang lebih memberi makna kepada anda. Ia akan membawa lebih banyak kegembiraan dan ketenangan dalam kehidupan seharian berbanding sekadar mengejar gaji dan bonus.

Ikigai sebenarnya mengajar kita — sekiranya ingin berjaya dan bertahan lama dalam sesuatu benda yang dilakukan, jangan hanya berdasarkan minat dan cita-cita semata-mata. Kita perlu melakukan sesuatu yang boleh membantu atau membawa perubahan kepada orang lain. Perkara inilah yang akan mendatangkan kepuasan dalam sesuatu yang kita lakukan.

Pendek kata, sekiranya anda mempunyai tujuan dalam kehidupan, maka anda sudah menemui Ikigai anda dan pastinya anda akan jadi lebih gembira!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan boleh membantu menemukan Ikigai anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *