Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Periksa Telefon Sebaik Bangun Tidur

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Periksa Telefon Sebaik Bangun Tidur

Posted by

Menurut kajian yang dilakukan baru-baru ini di Amerika Syarikat, seramai 88% responden berkata bahawa mereka akan memeriksa telefon mereka dalam masa 10 minit pertama selepas bangun daripada tidur. Mereka memeriksa media sosial, membalas mesej daripada rakan dan membaca berita-berita terkini. Tetapi apakah kesan tabiat ini kepada kesihatan kita?

Di TikTok, seorang pakar neurosains Amerika, Emily McDonald kerap memberikan nasihat tentang cara penjagaan otak kita. Ini termasuk membuang tabiat buruk, seperti memeriksa telefon pintar sebaik bangun daripada tidur.

Dalam video yang ditonton lebih 15 juta kali itu menerangkan: “Setiap kali anda bangun pada waktu pagi, gelombang otak anda akan beralih daripada theta kepada alpha. Ini bermakna, minda bawah sedar anda berada dalam keadaan yang boleh diprogramkan.

“Kandungan (content) yang anda serap pada masa ini akan memberi kesan yang lebih besar pada pemikiran anda, dan ia merosakkan dopamin anda sepanjang hari supaya anda terus memeriksa telefon.” Dopamine adalah hormon neurotransmitter dalam otak kita yang bertindak sebagai sejenis pusat ganjaran, memberikan rasa keseronokan.

Oleh itu, memeriksa media sosial pada waktu pagi sejurus anda bangun tidur boleh menjejaskan fokus anda sepanjang hari. Emily McDonald juga turut menasihatkan untuk mematikan notifikasi: “Ia direka untuk memprovokasi (trigger) otak anda supaya apabila notifikasi menyala, anda akan mengkliknya dan pergi ke media sosial tanpa berfikir panjang.”

Ahli sains saraf juga menggesa orang ramai untuk “menghadkan tempoh scrolling” berita dan info-info pada telefon anda. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa scrolling secara berlebihan dikaitkan dengan tekanan psikologi, yang boleh menyebabkan penurunan kepuasan hidup dan kesejahteraan mental.

Skrin/telefon telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian kita, dan penggunaan intensifnya secara tidak langsung memberi kesan pada kebolehan kognitif kita. 

Tambahan pula, dalam kajian yang dijalankan oleh Texas Tech University, melihat skrin/telefon secara kerap dikaitkan dengan kebimbangan dan kemurungan. Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda disyorkan untuk tumpukan perhatian pada diri sendiri dan lakukan senaman fizikal ringan sebagai rutin sejurus bangun daripada tidur, dan bukannya melihat telefon anda.

Artikel berkaitan: CTOS Mengesan 335,000 Kebocoran Maklumat Peribadi

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: FMT

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *