Pekerja di Singapura kini berpeluang untuk mendapatkan jadual kerja yang lebih fleksibel oleh majikan mereka berkuatkuasa bermula 1 Disember ini.
Artikel berkaitan: Kos Sara Hidup Di Singapura Lebih Murah, Ini Perspektif Seorang Warganegara Malaysia Yang Bekerja & Menetap Di Sana
Kemudahan tersebut terkandung dalam garis panduan baharu Perikatan Tiga Pihak Untuk Amalan Pekerjaan Adil & Progresif (TAFEP) yang dikeluarkan baru-baru.
TAFEP adalah agensi yang ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga Manusia, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF).
Menurut TAFEP, pekerja dibenarkan untuk memohon jadual bekerja empat hari seminggu, tempoh bekerja dari rumah yang lebih panjang dan jadual waktu kerja yang berperingkat.
Pekerja juga diberikan hak untuk memohon lokasi bekerja yang lebih fleksibel menjelang hujung tahun ini.
Walaupun ia tidak bersifat mandatori, majikan perlu menyediakan satu proses rasmi yang membolehkan pekerja memohon untuk mendapatkan jadual bekerja yang fleksibel itu.
Walau bagaimanapun, majikan juga berkuasa untuk menolak permohonan yang dibuat namun perlu disertakan dengan alasan yang munasabah.
Sekiranya majikan gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan amaran dan akan dipanggil untuk bertemu dengan pelaksana TAFEP.
Semoga perkongsian ini memberi maklumat baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com