Kerja Dari Rumah (WFH) Ketika Musim Banjir: Perlu Atau Tidak?

Kerja Dari Rumah (WFH) Ketika Musim Banjir: Perlu Atau Tidak?

Posted by

Keadaan cuaca yang tidak menentu serta banjir yang melanda beberapa negeri sejak kebelakangan ini telah menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat.

Situasi tersebut juga membuatkan orang ramai cemas apabila ibu kota Kuala Lumpur kerap ditenggelami air berikutan hujan lebat.

Ia sekaligus menjejaskan pergerakan orang ramai terutamanya yang perlu ke tempat kerja menggunakan kenderaan di jalan raya.

Susulan kejadian ini, ada segelintir pihak yang mendesak pihak syarikat dalam sektor kerajaan mahupun swasta untuk melaksanakan kembali sistem bekerja dari rumah atau work from home (WFH).

Artikel berkaitan: Bekerja Dari Rumah : Bagaimana Majikan Awasi Pekerja?

Meninjau di laman X, pengguna akaun @Injang_Nation menggesa agar pihak yang sepatutnya dapat mempertimbangkan cadangan itu demi kesejahteraan pekerja.

“Musim banjir sana-sini ni why not benarkan WFH semula. Sektor kerajaan, swasta, yang mana yang boleh WFH tu bagi WFH. Kurang kesesakan atas jalan. Kurang risiko kemalangan jiwa dan kenderaan tenggelam or kena timbus tanah runtuh. Nanti dah ok, kerja la mcm biasa semula.”

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak diterima baik oleh sesetengah warganet kerana beranggapan bahawa ia boleh menyukarkan golongan pendidik dan ibu bapa.

“Kalau cikgu sekolah WFH, murid kena PDPR.. nanti mak ayah pening urus anak di rumah..”

Ia juga disokong oleh beberapa warganet lain yang melihat situasi kerja dari rumah (WFH) itu sering disalahgunakan oleh sesetengah pekerja.

“WFH boleh. Tapi rakyat Malaysia ramai tak jujur. Sebab tu WFH majikan tak nak,”

Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *